Kastam Sabah Bakal Kenakan Kompaun Untuk Atasi Kesesakan Di Penjara
KOTA KINABALU, 23 Feb (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah akan menggunakan pendekatan seperti kompaun terhadap pesalah bagi membantu mengatasi masalah kesesakan banduan di penjara Sabah.
Timbalan Pengarah JKDM Sabah Hamzah Sundang berkata setiap tahun, sejumlah 1,000 hingga 2,000 orang ditahan atas pelbagai kesalahan.
"Kastam melihat masalah kesesakan penjara dengan kos yang terpaksa ditanggung, dan Kastam ada kuasa kompuan... boleh bayangkan pesalah boleh mencapai 1,000 hingga 2,000 orang tangkapan di Sabah sahaja.
"Dengan kuasa kompuan, tidak semua tangkapan didakwa di mahkamah, (dan ini) boleh mengurangkan kesesakan di penjara... kalau dakwa, jadi masalah besar kepada penjara menghadapi kesesakan, termasuk dari kalangan warga asing," katanya ketika berucap pada program lawatan JKDM Sabah ke Jabatan Penjara Pusat Sabah di Kepayan Khamis.
Turut hadir Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu Abdul Halim Ma'Hassan.
Harap dengan mengenakan kompaun, ia boleh membantu mengatasi masalah kesesakan penjara di Malaysia.
BalasPadamharap2 la tu pendekatan berkesan mengurangkan kesesakan penjara dan megurangkan juga kesalahan2 lain.
PadamMasalah jenayah yang berpunca daripada warga asing semakin banyak di Sabah dan Malaysia. Harap pihak polis boleh meningkatkan pemantauan.
BalasPadamSemoga masalah kesesakan penjara negara kita boleh diselesaikan dengan menggunakan cara mengenakan kompoun ini.
PadamPenjara Sabah memang sudah mengalami kesesakan dan kebanyakannya merupakan banduan warganegara asing. Jika kesesakan itu dapat diatasi dengan mengenakan kompaun, rasanya bolehlah cuba untuk laksanakan.
BalasPadammmg ramai warga asing di penjara, mereka byk membebankan kerajaan.
Padambagaimana dengan cadangan penukaran banduan yang pernah dinyatakan pada tahun lalu? rasanya boleh diguna juga..
BalasPadamCadangan penukaran banduan ini juga boleh dipertimbangkan juga. Harap Jabatan penjara akan membincangkan cadangan ini.
Padambagaimana jika pesalah tidak mampu membayar kompaun tersebut? apa tindakan yang akan dikenakan?
BalasPadamadakah ini bermakna, penjenayah hanya akan dikenakan kompaun tanpa perlu dikenakan hukuman penjara?? adakah ini bermakan mereka akan bebas setelah membayar kompaun??
BalasPadammasalah kesesakan penjara ini boleh selesai jika kerajaan dapat menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa di negara2 dimana bantuan ini berasal.. hantar sahaja mereka balik ke negara asal dan minta kerajaan negara ini menyambung hukuman mereka di negara itu..
BalasPadamCarilah penyelesaian bagi memastikan masalah kesesakkan dipenjara ini dapat ditangani.
BalasPadamTapi masalah juga kalau tidak bayar kompaun sama juga la masuk penjara. Bagi jenayah2 berat rasanya tidak sesuai kenakan kompaun.
BalasPadamKenapa tidak beri mereka kerja seperti membuat kraftangan untuk dipasarkan. Selain mengisi masa lapang mereka, hasil dari jualan itu boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan mereka.
BalasPadamSudah tiba masanya untuk melakukan kerja2 pembesaran bagi kawasan penjara.
BalasPadamSelain kompaun,cari alternatif lain kerana pada masa akan datang mereka tidak lagi takut dengan kompaun yang dikenakan.
BalasPadam