486 Ribu Rakyat Filipina Melancong Ke Malaysia
KOTA KINABALU Feb 2, 2012: Seramai 486 ribu rakyat Filipina telah melancong ke negara ini pada tahun lalu.
Eduardo (dua dari kiri) serta rombongan merakamkan kenangan bersama Juhar (dua dari kanan).
Duta Republik Filipina, J. Eduardo Malaya berkata kebanyakan mereka tertumpu di ibu negara dan pulau-pulau peranginan termasuk di negeri Sabah.
“Antara aktiviti mereka ialah membeli belah, kasino dan berbulan madu di negara ini,” katanya.
Menurut Eduardo, berbanding 80 ribu rakyat Malaysia melancong ke republik berkenaan, beliau amat berpuas hati dengan hubungan ekonomi antara kedua buah negara berjiran itu.
“Kita gembira melihat hubungan baik ini bukan sahaja dalam industri pelancongan, malah industri pelaburan.
“Antara syarikat Malaysia yang melabur di sini ialah Shangri La, Maybank dan CIMB Bank,” katanya selepas melakukan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri, pagi kelmarin.
Eduardo berkata, jumlah keseluruhan pelaburan Malaysia bagi lima tahun kebelakangan ini ialah USD203 juta manakala pelaburan Filipina secara keseluruhannya berjumlah USD610 juta hasil kerjasama salah sebuah syarikat di Filipina dengan Esso Malaysia.
The ministry of tourism should do their best to make Sabah a more attractive place to visit so that more tourist will come.
BalasPadamThis requires more promotion activities not only from the ministry, but also enterprises that are involved in the tourism line.
PadamImprove the FDI in Malaysia so that more foreign investors will invest in the developments in the country.
BalasPadamSabah mmg destinasi terbaik bagi para pelancong, semoga jmlah kunjungan pelancong akan makin meningkat.
BalasPadamharap undustri pelancongan akan berkembang pesat
Padamsemoga hubungan antara kedua negara juga akan semakin erat.
BalasPadamadakah Filipina sudah ada duta yang ditempatkan di M'sia untuk mengawal rakyatnya
Padamhopefully as well the government will continue to bridge the relationship with the Philipine government so that they( The philipine government) may one day establish their consulate in Sabah
PadamPastikan yang melnacong balik ke negara asal.
BalasPadamKedatangan pelancong ke Sabah sememangnya memberi banyak manfaat kepada ekonomi Sabah terutamanya. Kedatangan mereka harus digalakkan.
BalasPadamhubungan ekonomi memang cukup baik tapi harap kerajaan Filipina juga dapat bekerjasama untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin dari Filipina yang berada di Sabah.
BalasPadamIndustri pelancongan Sabah pasti akan berkembang pesat dari masa ke semasa.
BalasPadamItu sudah pasti. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sentiasa mencari kaedah untuk kembangkang industri pelancongan di negeri ini.
PadamBukan saja pelancong pun ramai ke Sabah, malah yang datang dan terus menetap sini pun ada.
BalasPadamTeruskan menjalinkan perhubungan bagi memastikan ekonomi kedua negara ini dapat dipertingkatkan lagi.
BalasPadamteruskan menjaga hubungan baik antara negara jiran.. bukan sahaja memberikan manfaat kepada ekonomi kedua2 negara malah memudahkan penyelesaian masalah sosial seperti kemasukan secara haram rakyat di negara itu ke negara ini, dan sebaliknya..
BalasPadam