Isnin, Januari 30, 2012

FAKTOR CALON PENTING MERUPAKAN FOKUS UTAMA MENGUNDI

Pemimpin BN Perlu Analisis Calon PRU-13 Secara Mendalam - Muhyiddin

image PAGOH, 29 Jan (Bernama) -- Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) di setiap peringkat perlu menganalisis secara mendalam calon yang dicadangkan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) bagi memenuhi kehendak rakyat di kawasan masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, faktor calon amat penting kerana ia merupakan antara fokus utama pemilih dalam pilihan raya umum.

"Saya lihat kali ini walaupun parti yang bertanding itu diberikan nilai oleh pengundi macam BN apa perjuangan, falsafahnya, apa ideologi dan visinya...parti pembangkang pun dinilai juga, tetapi antara faktor yang lebih berat ialah calon.

"Sebab itu kita nak pemimpin BN menganalisis secara mendalam mana calon yang terbaik yang kita nak letakkan di kawasan itu...apa tokoh dia, latar belakang dia, dan penerimaan secara umum, ini penting," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia zon Sungai Terap/Sungai Raya di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata parti komponen BN ketika ini masih dalam peringkat mengenal pasti calon-calon yang berpotensi.

"Sekarang ini belum selesai lagi untuk mengenal pasti calon-calon berpotensi, masih dalam proses penilaian yang dibuat setiap parti komponen dalam BN...Umno dengan penilaian sendiri, MCA, MIC pun ada senarai-senarainya," katanya.

Beliau berkata pngerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak juga belum mengeluarkan arahan untuk setiap parti mengemukakan senarai calon masing-masing.

Mengenai sama ada terdapat perubahan atau pertukaran kerusi antara parti komponen BN pada PRU-13 nanti, Muhyiddin berkata perkara itu akan dibincangkan apabila ada pemintaan daripada parti komponen.

"Kita akan buat penilaian pro dan kontra sama ada sesuai nak buat pertukaran kerana kita kena mengambil kira dua kawasan yang terlibat."

Mengenai laporan akhbar berhubung hasrat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersedia tidak bertanding pada PRU-13, Muhyiddin berkata itu soal dalaman parti itu.

"Ini soal mereka, sama ada bertanding atau tidak, bagi kita (BN) siapa saja di pihak parti pembangkang yang bertanding, kita hadapi macam biasa sama ada Presiden PAS bertanding atau tidak bertanding, itu tidak penting.

"Saya lebih mementingkan soal BN, apa fokus BN, apa strategi yang kita susun untuk hadapi pilihan raya umum, kita buat secara terperinci setiap kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri," katanya.

15 ulasan:

  1. pemilhan calon kena dilakukan dgn teliti, pastikan calon yang dipilih benar2 yang terbaik dan boleh menang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. not only that, but also can meet the aspiration of the people

      Padam
    2. The people must make the best decision when choosing their leader.

      Padam
    3. calon yang disukai oleh rakyat/berjiwa rakyat dapat memastikan kemenangan di sesebuah kawasan.

      Padam
  2. pemilihan calon yang tepat akan menentukan kemenangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah calon tentu mengundang kekalahan untuk tempoh 5 tahun

      Padam
  3. Pastikan winnable candidates dicalonkan pada PRU13.

    BalasPadam
  4. The choice of candidates is important to a party and the people they will serve if they won the elections, therefore the candidate should not only be winnable, but also able to fulfill their responsibility.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Go for a candidate with good and clean records.

      Padam
  5. Lobi-melobi banyak berlaku bila tibanya musim p/raya.

    BalasPadam
  6. semoga parti dapat memilih calon2 yang benar2 layak untuk mewakili mereka PRU nanti.

    BalasPadam
  7. PAstikan calon yang ingini diletakan dalam PRU13 mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat. Kerana rakyat akan menilai calon tersebut untuk disokong.

    BalasPadam
  8. Sudah dekat dengan PRU13, maka pelbagai isu telah dimainkan bagi memastikan sokongan rakyat. Namun pastikan calon yang ada berjuang untuk PRU13 semata-mata namun pastikan calon tersebut tetap memberikan yang terbaik sampai bila-bila kepada rakyat.

    BalasPadam
  9. baik jentera2 BN buat survey di kampung2 bagi mengenalpasti siapa calon yang disukai oleh rakyat dikawasan itu..

    BalasPadam
  10. setiap komponen BN boleh dikategorikan sebagai parti poleh menang.. tapi sia2 la potensi parti itu jika pucuk pimpinan gagal mengetengahkan calon boleh menang dalam pilihanraya umum seterusnya..

    BalasPadam