Sabtu, Januari 28, 2012

ANWAR MAHU BERDEBAT DENGAN NAJIB

Anwar tetap mahu debat dengan Najib

Debat PerdanaSABAK BERNAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan idea berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana disarankan oleh Merdeka Center berdasarkan penemuannya baru-baru ini.

Sehubungan itu kata Anwar, debat yang disyorkan wajar bagi menjawab persoalan-persoalan  yang ditimbulkan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

“Masing-masing buat tuduhan, kita tuduh Barisan Nasional rasuah dan gagal tadbir negara, BN tuduh kita tidak tahu urus ekonomi, tuduh Anwar jadi alat DAP, masing-masing ada pendekatan dan kita cadang debat.

“Apa yang kita sebut, kita pertahankan, itu sebabnya kita perlu debat. Insya-Allah kita menang dan dapat tawan Putrajaya,” kata beliau pada Program Mesra Rakyat Bersama Penasihat Ekonomi Selangor di Stadium Sabak Bernam di sini, semalam.

Anwar tetap mahu debat dengan NajibHadir sama dalam siri ceramah itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin; pakar perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari; Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim dan Yang Dipertua Pas Sabak Bernam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Sallehen Mukhyi.

image[3] Ketika dihubungi Sinar Harian Online awal minggu ini, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

"Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat.

"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim.

Bagaimanapun, dalam reaksinya Umno berpendapat bahawa cadangan debat terbuka antara Najib dan Anwar bagi membincangkan beberapa isu dianggap tidak sesuai untuk dilaksanakan.

Dalam reaksinya semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, debat antara Najib dan Anwar tidak perlu diadakan kerana tidak mengubah pendirian masing-masing.

Sementara itu, PKR mengalu-alukan idea agar diadakan satu debat terbuka antara Najib dan Anwar kerana pendekatan sedemikian perlu bagi menyuburkan budaya membahas dan membincangkan isu-isu menyentuh kepentingan rakyat dari semasa ke semasa secara konstruktif, membabitkan pemimpin-pemimpin negara.

Dalam ceramahnya malam tadi, Anwar juga mengulangi janji yang dibuat sekiranya dapat menawan Putrajaya.

"Hari ini kita tawan Putrajaya, esok harga minyak turun. Dua minggu selepas kita tawan Putrajaya, kita akan minta cara untuk turunkan kadar elektrik,” katanya.

“Rakyat mampu membuat pilihan, BN pernah perintah Selangor, PR masuk empat tahun perintah Selangor dan rakyat perlu diberikan peluang untuk membuat pilihan," kata Anwar lagi.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR memberitahu, derita rakyat perlu diatasi begitu juga dengan rasuah dan penindasan.

"Sebab itulah kita kata rakyat ada pilihan. Rakyat mesti bangkit tentukan masa depan mereka,” katanya.

17 ulasan:

  1. rasanya Najib takkan melayan kerenah Anwar, byk perkara lebih penting yang harus najib utamakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. It would be ridiculous to have a presidential style debate in a parliamentary democracy.

      Padam
  2. If Anwar wants a debate, let it be done in parliment

    BalasPadam
  3. Tanpa debat pun politik masing2 masih boleh survive. debat hanya buang masa dan tenaga saja.

    BalasPadam
  4. Sudah banyak kali Anwar Ibrahim mengajak Najib Razak untuk berdebat, tapi setiap kali undangan ini ditolak. Kenapa PKR masih bertegas?

    BalasPadam
  5. Takkan tiada cara lain yang boleh digunakan selain berdebat?

    BalasPadam
  6. Mahu berdebat? baik berusaha melakukan sesuatu untuk rakyat.

    BalasPadam
  7. Berdebat tidak akan memberi sebarang kebaikkan kepada rakyat.

    BalasPadam
  8. tidak perlu debat tunggu saja PRU13.

    BalasPadam
  9. tak ada hasil jg dari debat tersebut.

    BalasPadam
  10. Debat ini bukan budaya negara kita. sama juga dengan demo dan perhimpunan yang telah dilaksanakan julai tahun lalu.

    BalasPadam
  11. jika ingin bincang dan selesaikan sesuatu,tak perlu dengan cara debat. bertindaklah lebih profesional demi untuk rakyat.

    BalasPadam
  12. Biarkan saja Anwar mahu berdebat. Anwar tidak mahu berdebat dengan Saiful kah??

    BalasPadam
  13. Debatlah masa berkempen nanti. Pasti menarik.

    BalasPadam
  14. PM busy. No spare time to debate at the moment.

    BalasPadam
  15. apa fungi media2 samada yang rasmi atau tidak rasmi di negara ini?? bukankah media2 yang ada di negara ini juga boleh memainkan peranan sebagai pentas debat??

    BalasPadam
  16. pemimpin2 pakatan tidak boleh terus mendesak PM untuk melayan debat Anwar kerana komitmen kerjaya mereka tidak sama.. jika Anwar mempunyai banyak masa untuk mengajak orang lain berdebat, belia sepatutnya menggunakan masa itu menyelesaikan masalah2 rakyat di negeri2 Pakatan..

    BalasPadam