Sabtu, Disember 17, 2011

SINDIKET PROGRAM PALSU ‘BUAT MYKAD’ DI FELDA UMAS TAWAU DI SIASAT POLIS

HAMISA GESA POLIS DAN JPN SIASAT DAKWAAN PROGRAM 'BUAT MYKAD'

TAWAU 16th Dec 2011: Wakil Rakyat Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat menggesa polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya menyiasat dakwaan yang kononnya wujud satu program ‘membuat MyKad’ di Felda Umas, di sini, kelmarin.

Menurutnya, beliau menerima maklumat yang mengata- kan bahawa ratusan masyarakat berpusu-pusu ke Felda Umas untuk tujuan itu, sedangkan per- kara itu difahamkan bukan dianjurkan oleh jabatan kerajaan terlibat.

“Saya terkejut apabila ada yang menelefon dan bertanya- kan tentang hal ini. Saya nyatakan bahawa saya tidak tahu menahu pun tentang program itu kerana kita tidak dimaklum- kan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan.”

“Oleh itu, kita minta pihak polis dan JPN menyiasat per- kara ini sehingga ke akar umbi bagi mengesan dalang yang se- benar. Kalau ini benar, ini um- pama tindakan menjual negara. Kita mahu perkara ini disiasat,” tegasnya.

Menurut Hamisa, tindakan pihak yang menganjurkan program itu juga secara tidak langsung boleh mencemar nama baik Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan polis perlu segera bertindak.

Dalam pada itu, beliau me- nasihatkan masyarakat supaya tidak terpedaya dengan penganjuran program seumpama itu, sebaliknya perlu merujuk terlebih dahulu kepada pihaknya serta jabatan yang terlibat.

New Sabah Times difaham- kan, beratus-ratus orang dari merata tempat di daerah ini kelmarin bergerak ke Felda Umas Tawau, untuk tujuan menguruskan dokumen diri.

Penganjuran program itu turut heboh diperkatakan hampir di seluruh daerah ini seperti di Kg. Jambatan Putih, Kg. Bombalai, Kg. Merotai Kecil, kampung- kampung di sekitar Jalan Apas dan di beberapa kampung lain.

Difahamkan juga, ada di kalangan individu yang ingin mendapatkan dokumen diri, sanggup membayar berpuluh atau beratus ringgit untuk tujuan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Tawau, ACP Ibrahim Chin ber- kata, pihaknya sememangnya memandang serius tentang hal itu dan setakat sudah pun menahan tiga lelaki yang dipercayai menjadi dalang sindiket terlibat.

“Kita mengesahkan yang kita sudah menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan. Mereka ini ditahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.”

“Kita juga akan turut men- yiasat jika ada penyalahgunaan nama mana-mana kementerian atau jabatan-jabatan kerajaan. Kita akan membuat siasatan yang menyeluruh,” katanya.

Dalam hal sama, beliau menyeru mana-mana individu yang mungkin menjadi mangsa di dalam program terbabit agar segera membuat laporan polis, terutamanya jika ia melibatkan penyerahan wang ringgit.

Beliau juga menyeru mas- yarakat supaya merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), untuk sebarang urusan yang berkaitan dengan dokumen diri dan bukannya kepada individu yang mengaku sebagai wakil jabatan.

Manakala bagi warga asing pula, katanya, urusan berkaitan dokumen diri perlu dirujuk kepada pihak konsulat atau Jabatan Imigresen Malaysia.

15 ulasan:

  1. Harap sindiket ini akan disiasat dengan mendalam oleh pihak polis supaya tiada masalah IC palsu di Sabah.

    BalasPadam
  2. Isu IC palsu tidak patut dipandang ringan kerana ini boleh membawa impak negatif kepada negeri kita.

    BalasPadam
  3. Program macam ni yang menjadi kesukaan PATI, harap2 dalang tu dapat ditangkap. harus siasat perkara ini. Jangan pandang remeh.

    U Say Bah, I Say Bah. Sabah Bah......

    BalasPadam
  4. Perkara2 macam ni akan merosak imej jabatan2 berkuasa. harap perkara ini disiasat dan akan dijelaskan ke public.

    BalasPadam
  5. Perbetulkan keadaan ini bagi menjamin Imej baik negara tidak tercemar.

    BalasPadam
  6. Dimanakah tanggungjawab dan peranan kita sebagai rakyat Malaysia, rakyat Sabah? Difahamkan kerajaan sudah melakukan banyak perkara bagi membenteras PTI namun ada pula pihak yang mengalu2kan PTI siap memberi Mykad lagi. Kita tidak akan pulih dari ancaman PTI jika kita sendiri tidak menjalankan tanggungjawab kita.

    BalasPadam
  7. sindket seperti ini harus dibanteras, mereka yang mencemarkan nama baik JPN.

    BalasPadam
  8. operasi besar-besaran membanteras PATI harus dilakukan segera.

    BalasPadam
  9. tahun depan penukaran Mykad kepada yang baru akan dibuat. harap2 yang ada IC projek termasuk yang ada Mykad palsu akan dapat dikesan. pastikan mereka ni akan balik ke negara asal mereka.

    BalasPadam
  10. semata2 kerana wang sanggup mereka jual Mykad palsu ni. nampaknya permintaan pun menggalakkan. ketahuan betul di Tawau ni banyak PATI.

    BalasPadam
  11. Apa hukuman yang sesuai dijatuhkan ke atas dalang2 di sebalik sindiket PATI ini??

    BalasPadam
  12. Patutlah tidak pernah2 selesai masalah PATI ni..

    BalasPadam
  13. mungkin inilah sindiket yang mewujudkan projek IC di Sabah..

    BalasPadam
  14. perlu ada gerakan besar2an bagi menyiasat perkara ini sehingga ke akar umbi.. sindiket ini pasti mempunyai rangkaian di tempat lain untuk melakukan kerja yang sama..

    BalasPadam
  15. Pihak polis perlu melakukan siasatan mengenai perkara ini. Benar atau tidak dakwaan seseorang ini mengenai program Mykad palsu ini.

    BalasPadam