Selasa, Disember 06, 2011

PENCULIK WARGA ASING DITEMBAK MATI ADALAH PENJENAYAH ‘HARDCORE'

Tiga penculik jutawan terima balasan

image MOHD. SHUKRI (kanan) menunjukkan pistol dan sebahagian senjata yang dirampas daripada tiga penjenayah pada sidang akhbar di Ipoh, Perak semalam.

IPOH – Tiga penculik warga asing yang mati ditembak polis di sebuah ladang kelapa sawit Sabtu lalu merupakan penjenayah tegar di mana mereka telah melakukan empat kes penculikan di sekitar Kedah melibatkan wang tebusan berjumlah jutaan ringgit sejak awal tahun ini.

Suspek-suspek bersenjatakan pistol berusia di antara 25 dan 30 tahun tersebut dikatakan telah menculik dua mangsa di Kuala Muda dan masing-masing seorang di Kubang Pasu dan Kota Setar.

Difahamkan, suspek amat berbahaya kerana sanggup mendera kesemua mangsa sebelum dibebaskan sebaik mendapat wang tebusan. Wang tebusan ditetapkan mengikut tahap kekayaan keluarga mangsa.

Polis gagal menjejaki suspek sebelum ini kerana kes itu hanya dilaporkan selepas wang tebusan berpindah tangan.

Tiga penculik ditembak mati warga Indonesia

IPOH 5 Dis. - Tiga penculik yang ditembak mati oleh polis di Sungai Siput, semalam, disahkan warga Indonesia dan terbabit dalam beberapa kes penculikan untuk mendapatkan wang tebusan di Kedah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan berkata, siasatan polis mendapati tiga suspek berusia antara 25 dan 30 tahun itu terlibat dalam dua kes penculikan di Kuala Muda dan masing-masing satu kes di Sungai Petani, Kubang Pasu dan Kota Setar.

Beliau berkata, terbaharu, pada 28 November lalu, mereka menculik seorang lelaki berusia 23 tahun yang merupakan anak kepada seorang kontraktor di Bukit Selambau, Sungai Petani dan meminta wang tebusan sebanyak RM500,000.

"Kita menyiasat sama ada kesemua lelaki tersebut turut terlibat dalam kes sama di negeri-negeri lain," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.40 petang kelmarin, tiga penjenayah ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan polis di kawasan Hutan Sungai Sejuk, Batu 3 Lintang di Sungai Siput.

Menurut Mohd. Shukri, sebaik sahaja menerima laporan penculikan daripada keluarga mangsa di Bukit Selambau, polis melancarkan gerakan khas sebelum membebaskan mangsa yang juga anak kepada majikan ketiga-tiga penjenayah itu.

"Lewat petang kelmarin, pasukan khas yang terdiri daripada polis Kedah, Perak dan Bukit Aman berjaya mengesan kedudukan penculik dan mengepong kawasan hutan tempat persembunyian penjenayah tersebut.

"Semasa menghampiri tempat persembunyian, suspek yang menyedari kehadiran polis melepaskan tembakan sehingga memaksa polis membalas tembakan dan menyebabkan kesemua penjenayah itu terbunuh," katanya.

Beliau memberitahu, pemeriksaan polis menemui sepucuk revolver berisi enam kelongsong peluru yang telah digunakan dan sebilah parang daripada seorang penjenayah terbabit.

"Kita juga menemui tiga bilah parang di tempat mangsa ditahan dan empat telefon bimbit yang salah satunya digunakan bagi menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut wang tebusan.

"Mangsa yang diculik berjaya diselamatkan dan hanya mengalami kecederaan ringan. Dia kemudian dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk mendapatkan rawatan," katanya.

----------------

Awang Hitam belasah drebar teksi

KUALA LUMPUR: Dua Awang Hitam bukan saja enggan membayar tambang teksi dijanjikan, malah turut membelasah pemandu teksi yang mereka naiki dalam kejadian di Jalan Hartamas 1, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, mangsa yang dikenali sebagai Afendy, 29, mulanya menerima panggilan daripada pusat panggilan teksi untuk mengambil penumpang di Segambut.

Menurutnya, sebaik tiba, empat penumpang iaitu dua lelaki Afrika bersama dua wanita Eropah menaiki teksinya.

Katanya, dia diminta menghantar mereka ke Hartamas Regency 2 dan sebaik tiba di lokasi berkenaan, seorang daripada wanita berkenaan turun manakala tiga lagi penumpang termasuk dua lelaki Afrika itu meminta meneruskan perjalanan ke Jalan Hartamas 1.

“Selepas tiba, seorang lagi penumpang wanita turun dan apabila ditanyakan kepada penumpang lelaki, mereka meminta saya menghantar mereka ke Damansara Heights pula.

“Saya menghubungi pusat panggilan semula dan terkejut apabila dimaklumkan penumpang berkenaan hanya memaklumkan mahu ke satu destinasi iaitu Bukit Kiara,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

6 ulasan:

  1. Syabas kepada pihak polis kerana berjaya mengambil tindakan terhadap penculik hardcore ini.

    BalasPadam
  2. bila jumlah mereka semakin ramai, mula la mereka naik kepala..

    BalasPadam
  3. kes jenayah yang dilakukan oleh warga asing makin menjadi-jadi.

    BalasPadam
  4. baguslah pihak polis berjaya menumpaskan penjenayah tersebut.

    BalasPadam
  5. ni bagus lagi ditembak. lagipun penjara sudah sesak untuk warga asing.

    BalasPadam
  6. Siapa suruh buat jenayah di Negara orang sekarang terima padahnya.

    BalasPadam