Khamis, Oktober 27, 2011

PENDUDUK PARAH DIBELASAH WARGA ASING

Penduduk parah dibelasah warga Nepal

MOHD. Zamri Alias (kiri) menunjukkan tangannya yang patah kepada Mohamed Arim akibat dibelasah warga Nepal di Pangsapuri Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, semalam.

JOHOR BAHRU 26 Okt. – Niat baik seorang penduduk Tanjung Puteri Apartmen Resort, dekat sini, menegur sekumpulan warga Nepal yang membuat bising dan mabuk di kawasan kediaman membawa padah apabila dia dipukul sehingga cedera, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa, Mohd. Zamri Alias, 40, dibelasah kira-kira lima warga Nepal sehingga patah tangan kanan, patah gigi, calar dan bengkak di bahagian telinga serta diberi cuti sakit oleh pihak hospital selama 14 hari.

Mohd. Zamri berkata, dia menegur kumpulan pekerja asing tersebut yang membuat bising selain mabuk di kawasan terbuka kerana boleh mengganggu ketenteraman penduduk lain.

“Bila saya cakap sahaja macam itu, salah seorang daripada mereka menolak saya sehingga jatuh dan terus memukul saya bertubi-tubi. Waktu itu saya tidak ingat apa kerana hanya mampu melindungi muka daripada dipukul.

“Ketika dipukul itu juga, salah seorang daripada mereka mengugut akan membunuh saya. Saya menjerit meminta tolong dan syukurlah ada beberapa penduduk setempat segera memberi bantuan dan meleraikan pergaduhan,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, hari ini.

Mohd. Zamri yang bekerja sebagai penyelenggara landskap Tanjung Puteri Golf Resort itu berkata, kejadian tersebut pertama kali berlaku di kawasan kediamannya yang mempunyai 16 blok bangunan.

Menurutnya, warga asing yang menetap di kawasan itu sering membuat kacau seperti bising dan mabuk terutama ketika cuti umum dan hari minggu.

“Lepas minum, mereka membiarkan sahaja botol dan tin minuman di merata-rata tempat dan ia mengundang rasa kurang selesa kepada penduduk terutama mereka yang mempunyai anak-anak berusia empat hingga 12 tahun.

“Kanak-kanak yang baru nak mengenal dunia itu bukan tahu ia baik atau buruk. Ada pernah terjadi kaki seorang kanak-kanak terkena serpihan kaca botol minuman keras yang dibuang merata-rata,” katanya.

Pengerusi Perbadanan Pengurusan Tanjung Puteri Apartmen Resort, Mohamad Arim meminta majikan kepada pekerja asing tersebut mengambil inisiatif memberi penjelasan tentang adat dan budaya masyarakat di negara ini.

“Kita harap ia kejadian pertama dan terakhir yang berlaku di sini. Pihak majikan wajar mengambil tahu perihal mereka di sini dan mengambil tindakan terhadap mereka sekiranya bersalah.

“Ini kerana keselamatan penduduk sering kali terancam dengan perbuatan kumpulan pekerja asing yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

12 ulasan:

  1. Warga asing yang berada di tempat kita sering membawa masalah kepada rakyat tempatan.

    BalasPadam
  2. Harap para penduduk akan lebih berhati-hati bila bergaul dengan warga asing.

    BalasPadam
  3. harap warga asing yang berkenaan akan ditangkap dan dikenakan tindkan yang tegas..

    BalasPadam
  4. Hari2 ada saja kes yang melibatkan warga asing.

    BalasPadam
  5. Orang asing memang macam ini. tidak sedar diuntung. Lain kali jika ingin menegur mereka , berpakatlah ramai2 agar mereka takut dan tidak berani untuk menaikkan tangan untuk memukul.

    BalasPadam
  6. inilah sikap warga asing ni, mereka sepatutnya menghormati budaya kita, bukan membawa sikap buruk mereka ke sini.

    BalasPadam
  7. lihat betapa beraninya warga asing ini melakukan keganasan di negara kita. adakah mereka berfikir bahawa Malaysia ini tidak mempunyai undang2? kalaulah jumlah mereka sama dengan jumlah penduduk Malaysia, entah apa akan jadi dengan negara ini..

    BalasPadam
  8. jika kerajaan benar2 mahu memastikan rakyat hidup dengan aman dan selamat, kurangkan pekerja asing dan usir semua pendatang haram..

    BalasPadam
  9. memang begitulah budaya warga asing. tiada yang perlu dihairankan. macam mana kelakuan mereka di negara asal mereka, begitulah kelakuan mereka di Malaysia.

    BalasPadam
  10. Sudah menumpang negara orang berani lagi cari pasal.

    BalasPadam
  11. Buat laporan biar tu nepal kurang ajar kena tangkap. Kurang ajar punya perangai tu.

    BalasPadam
  12. sekarang orang yang menjadi saksi telah ditahan oleh polis atas tuduhan penyebab pergaduhan sedangkan dia tidak terlibat... dan orang melayu sendiri iaitu kakitangan syarikat menjadi penghianat bangsa melayu sendiri..

    BalasPadam