Khamis, Oktober 06, 2011

PEMIMPIN AKAR UMBI DIINGATKAN SUPAYA TIDAK MEMBERIKAN PANDANGAN PERIBADI MENGENAI SESUATU ISU - KAMARLIN

Elak pandangan peribadi keterlaluan

BEAUFORT 5 Okt. - Pemimpin akar umbi diingatkan supaya tidak memberikan pandangan peribadi mengenai sesuatu isu secara keterlaluan sehingga boleh menimbulkan masalah dan menjurus ke arah perpecahan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan, Kamarlin Ombi berkata, sebagai pemimpin, mereka perlu melontarkan cadangan dan pandangan bernas kerana ia bersesuaian dan selari dengan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

"Setiap yang keluar dari mulut pemimpin mestilah betul dan menjurus kepada perkara yang positif. Ini kerana mereka perlu ingat rakyat kini amat bijak untuk menilai," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sipitang berkata demikian ketika berucap merasmikan malam mesra bersama pemimpin anjuran Persatuan Belia Kampung Selinsing, dekat sini, semalam.

14 ulasan:

  1. Baik pemimpin membincangkan sesuatu sesama diri dahulu.

    BalasPadam
  2. Berhati-hatilah bila berucap kerana ia boleh membawa impak kepada imej diri dan juga kerajaan.

    BalasPadam
  3. jgn keluarkan kenyataan sesuka hati hingga boleh menimbulkan ketegangan.

    BalasPadam
  4. setiap kenyataan yang dikeluarkan harus sesuatu yang baik dan berguna.

    BalasPadam
  5. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

    BalasPadam
  6. Rakyat semakin bijak menilai. Berhati-hati bila membuat kenyataan peribadi.

    BalasPadam
  7. pandangan yang boleh mencetuskan sesuatu isu yang kurang baik harus sentiasa dielakkan.

    BalasPadam
  8. pastikan sebarang kenyataan yang dibuat adalah bernas dan baik.

    BalasPadam
  9. fikir sebelum keluarkan kata2. jangan pula sudah keluarkan kata2 baru berfikir.

    BalasPadam
  10. diharap pemimpin bersikap profesional dalam setiap tindakan dan kata2nya berhubung sebarang isu yang timbul.

    BalasPadam
  11. Sememangnya tugas mereka sebagai pemimpin untuk mencari penyelesaian positif dan bukannya mengapi-apikan keadaan.

    BalasPadam
  12. Itulah yang sebaiknya. Jika salah kata maka binasalah. Biarlah padangan peribadi itu berfakta.

    BalasPadam
  13. jika pemimpin dilarang memberikan pandangan peribadi, apakah itu bermakna mereka terpaksa menyuarakan pandangan senada dengan orang atasan atau majoriti? kadang2 ada situasi yang memerlukan kita untuk mengemukakan pandangan peribadi, bukannya yang bersifat hipokrit..

    BalasPadam
  14. apa yang paling penting, setiap pemimpin perlu bersikap profesional dan sentiasa menjaga tutur kata..

    BalasPadam