Rabu, Oktober 12, 2011

KERAJAAN MANSUH LAPORAN POLIS UNTUK SIJIL, PASPORT, GERAN DAN LESEN MEMANDU

Kerajaan Mansuh Laporan Polis Untuk Sijil, Pasport, Geran Dan Lesen Memandu

image KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.

Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 Sept lepas.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata kerajaan membuat keputusan berhubung pemansuhan keperluan mengemukakan laporan polis itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2, 2011 pada 6 April lepas kerana ia sebenarnya merupakan amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.

Beliau berkata pada 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis diterima, dengan 1.1 juta atau 40 peratus daripada jumlah itu termasuk dalam kategori 'Rujuk Lain-Lain Agensi'.

"Ini menunjukkan sebahagian besar laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan.

"Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan tambahan beban kerja dalam mengendalikan urusan pelaporan polis.

"Keperluan ini juga mengakibatkan peningkatan kos operasi PDRM di samping tidak memberi nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan PDRM," katanya.

Berikutan pemansuhan itu, Mohd Sidek meminta semua agensi kerajaan mengenal pasti urusan yang memerlukan orang awam mengemukakan laporan polis kepada agensi kerajaan terbabit mengikut keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, Pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis, dan agensi kerajaan juga tidak boleh menghalang orang awam membuat laporan kepada PDRM.

15 ulasan:

  1. Bagus jugalah kalau begitu, pihak polis boleh tumpukan perhatian pada tugas mereka.

    BalasPadam
  2. Harap selepas ini, pengurusan kehilangan dokumen akan ditangani dengan lebih berkesan.

    BalasPadam
  3. bgslah, urusan untuk menggantikan sijil2 yang hilang pun lebih mudah.

    BalasPadam
  4. Ini dapat kurangkan lagi stress kerjaya sebagai polis. lagipun kajian sebelum ni terhadap 6 bidang kerjaya mendapati kerjaya polis berada di kedudukan teratas yang mengalami masalah stress kerana beban kerja mereka yang banyak.

    BalasPadam
  5. masa akan menjadi singkat untuk mengurus dokumen/sijil2 yang hilang. harap kuanglah birokrasi.

    BalasPadam
  6. Good to hear this announcement.

    BalasPadam
  7. Diharapn semua sedia maklum dengan pekeliling baru ini.

    BalasPadam
  8. Kalau begitu senang sikit. Tidak payah buat report terus saja ke tempat membuat dokumen berkenaan.

    BalasPadam
  9. pemansuhan ini masih perlu dikaji secara mendalam. jika MyKad saya hilang, bagaimana saya mahu meyakinkan pihak JPN bahawa MyKad saya hilang??

    BalasPadam
  10. dikhuatiri jika prosedurnya dipermudahkan, tidak mustahil ada individu yang memiliki lebih dari satu dokumen yang sama.. walau bagaimanapun, tentunya kerajaan telah memikirkan kesan2 ini sebelum diwar2kan dan telah ada tindakan2 untuk mengatasinya. oleh itu, lebih baik ianya dijelaskan kepada rakyat supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan bagi mengelakkan manipulasi pihak tertentu..

    BalasPadam
  11. bagus juga...lagipun kalau buat laporan polis pun bukan tu polis dapat buat apa2 pun...takan diorang nak buat all-ou investigation untuk mencari sijil kahwin yg hilang?kan?

    BalasPadam
  12. ini mungkin akan lebih memudahkan urusan bila berlaku kehilangan..

    BalasPadam
  13. jadi bila ada dokumen tersebut yang hilang bolehlah terus rujuk ke jabatan yang berkaitan.

    BalasPadam
  14. Bagus...Ini akan memudahkan pengurusan kepada mereka kehilangan dokumen tertentu.

    BalasPadam
  15. Harap perkara ini telah dimaklumkan kepada mana-mana jabatan yang berkaitaan. Kita takut akan ada pihak yang menyuruh membuat laporan polis lagi sedangkan telah dimaklumkan bahawa tidak perlu lagi laporan dilakukan jika berlaku kehilangan dan kerosakkan dokumen tersebut. Kita tidak mahu perkara sebegini berlaku.

    BalasPadam