Khamis, September 08, 2011

LEPAS ASTRO DAN SESB GILIRAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI PULA NAIKKAN HARGA….

Tambah Nilai Pra Bayar & Pek SIM Kena Cukai Perkhidmatan Enam Peratus Mulai 15 Sept

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.

Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.

"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu.

-----

NAJIB ADMINISTRATION’S POPULARITY WAS WANING BECAUSE OF INFLATION AND COST OF LIVING ISSUES?

11 ulasan:

  1. Baik kita hentikan penggunaan Prepaid and gunalah pekej lain.

    BalasPadam
  2. Siapa yang mengenakan cukai ini? Kerajaan ataupun syarikat perkhidmatan.

    BalasPadam
  3. terpaksalah berjimat lagi dan kurangkan membuat panggilan yang kurang penting.

    BalasPadam
  4. satu persatu caj perkhidmatan ni naik.

    BalasPadam
  5. pandai2lah atur kewangan. semua pun sudah naik.

    BalasPadam
  6. Faizal.. tidak ada pekej lain.. caj untuk Postpaid pun sudah termasuk dengan cukai.. mungkin terpaksa la kita kembali ke zaman dulu.. guna pos atau burung merpati.. haha

    BalasPadam
  7. saya cadangkan kepada pihak telekomunikasi, jika sebelum ini mereka boleh menyerap 5% cukai, kenapa hari ini tidak boleh? yang 1% lagi biarlah pelanggan yang tanggung..

    BalasPadam
  8. Semua pun mau murah! bebaskan diri kita dari pemikiran subsidi...subsidi hanya patut diberikan kepada mereka yg benar2 tidak mampu (golongan miskin tegar & ibu tunggal)...

    BalasPadam
  9. Entahlah mahu cakap apa. Semua pun mahu naik. Kalau macam ni golongan sederhana ke golongan rendah. golongan rendah ke miskin. yang miskin ntah apa lagi golongan paling bawah.

    BalasPadam
  10. Tapi walau macam bagaimana pun pengguna tetap akan membeli. harap2 dapat2 la berjimat.

    BalasPadam
  11. Nampaknya cukai dinaikan untuk Telco. Apa sudah jadi ini? Bila agaknya rakyat dapat duit lebih.

    BalasPadam