Jumaat, September 09, 2011

KANDUNGAN FAKTA BUKU TEKS SEJARAH DI SEKOLAH PERLU DIKAJI SEMULA ELAK RAKYAT KELIRU TENTANG TARIKH KEMERDEKAAN SABAH DAN SARAWAK

Kandungan buku teks Sejarah di sekolah perlu dikaji semula

KOTA KINABALU 8th September, 2011: Pengarah Arkib Negeri Sabah, Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin, berkata kandungan buku teks Sejarah yang diajar di sekolah-sekolah perlu dikaji semula, khususnya yang ada kaitan dengan tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, ini kerana buku teks itu lebih fokus kepada sejarah yang berlaku di Semenanjung Malaysia dan amat sedikit sejarah mengenai Sabah dan Sarawak.

Katanya, ketidakseimbangan fakta itu mengelirukan rakyat Malaysia khususnya Sabah.

MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA...

“Berdasarkan rekod rasmi, Sabah merdeka 48 tahun lalu selepas bebas daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1963, berbeza di Semenanjung yang merdeka 54 tahun iaitu pada 31 Ogos 1957.

“Oleh itu atas inisiatif Arkib Negeri Sabah, kita telah menerbitkan buku ‘Keranamu Malaysia’ beberapa tahun yang lalu yang antara lain memaparkan sejarah mengenai North of Borneo (Sabah) yang bebas daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1963,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pameran ‘Keagungan Kinabalu’ di Arkib Negei Sabah, di sini, kelmarin.

Datu Tigabelas berkata, buku ‘Keranamu Malaysia’ itu kini boleh diperolehi di Perpustakaan Negeri dan juga Arkib.

“Kita juga mencadangkan supaya buku ini dijadikan sebagai sebuah buku teks untuk para pelajar sekolah bagi membolehkan mereka mengetahui secara mendalam sejarah Sabah dan juga Malaysia,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar para pengkaji sejarah yang memerlukan maklumat mengenai sejarah Sabah supaya mengunjungi dan membuat rujukan di Arkib Negeri Sabah.

Berkenaan dengan pembentukan Malaysia, beliau berkata, sejarah Malaysia bermula pada 27 Mei 1961 apabila Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah (yang ketika itu dikenali sebagai North Of Borneo).

Pada 9 Julai 1963, satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Oleh itu tarikh 16 September 1963 adalah penubuhan persekutuan Malaysia yang kini disambut sebagai Hari Kebangsaan atau Hari Malaysia.

-----

48th year of nation's formation, says State Archives boss

"Confusion came about because Sabah and Sarawak also received independence on Aug. 31, 1963 before forming the nation a few weeks later,"

There was no Malaysia prior to September 16, 1963. That fact is on record, said State Archives Director, Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin

35 ulasan:

  1. semua rakyat perlu tau sejarah pembentukan Malaysia yang sebenar.

    BalasPadam
  2. bersetuju jika buku 'Keranamu Malaysia' dijadikan sebagai buku teks pelajar sekolah kerana ini merupakan pendedahan awal mereka untuk mengetahui sejarah yang sebenar.

    BalasPadam
  3. harap generasi muda Sabah tidak keliru dengan tarikh2 penting bagi negeri Sabah terutama mengenai kemerdekaan. bagi yang masih musykil dan terlalu banyak persoalan yang timbul lebih baik melakukan kajian di Arkib negeri Sabah seperti yang disarankan.

    BalasPadam
  4. kementerian pendidikan harus mengkaji semula kandungan buku teks sejarah yang mana memberikan pengetahuan yang kurang tepat mengenai sejarah malaysia...harus diingat bahawa negara kita bernama malaysia BUKANNYA malaya, yang merangkumi semenanjung tanah melayu, sarawak dan sabah...

    BalasPadam
  5. seharusnya sejarah berlandaskan kepada fakta sebenar...dan haruslah sejarah tidak dimanipulasikan untuk kepentingan politik.

    BalasPadam
  6. media juga tidak harus menyiarkan iklan yang kurang tepat mengenai pembentukan malaysia dan kemerdekaan kerana akan mengelirukan rakyat..di televisyen iklan2 menyiarkan bahawa malaysia sudah berusia 54 tahun padahal yang sebenarnya malaysia hanya berumur 48 tahun..

    BalasPadam
  7. pemimpin2 sabah juga hendaklah jelas dengan tarikh kemerdekaan negeri sabah..janganlah mengikut umur kemerdekaan semenanjung malaysia..

    BalasPadam
  8. diharap kementerian pelajaran khasnya menteri pelajaran sensitif dengan perkara ini..

    BalasPadam
  9. saya telah habis bersekolah sejak 20 tahun lepas, malah saya pun kadang2 keliru ttg ini.

    BalasPadam
  10. Baguslah sekarang telah bertukar.

    BalasPadam
  11. Sejarah kita memang penting bagi semua pelajar, harap mereka menghargai subjek ini.

    BalasPadam
  12. Memang kelirulah, harap kandungan buku tek tersebut dapat dijelaskan dgn mudah dan jelas untuk semua pelajar.

    BalasPadam
  13. "kandungan buku teks Sejarah yang diajar di sekolah-sekolah perlu dikaji semula, khususnya yang ada kaitan dengan tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak."

    Jika berlakunya kekeliruan atau kesalahan dalam buku teks sejarah mengenai pertubuhan kemerdekaan Sabah & Sarawak, seharus dibetulkan supaya generasi muda tidak keliru dan mendapat isyarat yang salah.

    BalasPadam
  14. "Berdasarkan rekod rasmi, Sabah merdeka 48 tahun lalu selepas bebas daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1963, berbeza di Semenanjung yang merdeka 54 tahun iaitu pada 31 Ogos 1957."

    It's not that serious but just to amend the mistakes. History should reveal the truth.

    BalasPadam
  15. Datu Tigabelas berkata, buku ‘Keranamu Malaysia’ itu kini boleh diperolehi di Perpustakaan Negeri dan juga Arkib.

    “Kita juga mencadangkan supaya buku ini dijadikan sebagai sebuah buku teks untuk para pelajar sekolah bagi membolehkan mereka mengetahui secara mendalam sejarah Sabah dan juga Malaysia,”

    I think the book "Keranamu Malaysia" is good enough to work as a reference book.

    BalasPadam
  16. "Oleh itu tarikh 16 September 1963 adalah penubuhan persekutuan Malaysia yang kini disambut sebagai Hari Kebangsaan atau Hari Malaysia."

    Ramai yang masih keliru sebenarnya terhadap Sejarah Pertubuhan Malaysia.

    BalasPadam
  17. Perkara tersebut tidak harus dipolitikkannya.

    BalasPadam
  18. Sejarah seharus mengikuti fakta yang benar dan bukan rekaan cerita.

    BalasPadam
  19. Pemimpin seharus peka dengan sejarah pertubuhan Malaysia.

    BalasPadam
  20. Amendment shoudl make fast to overcome confusion especially to the young generation about our history.

    BalasPadam
  21. kementerian Pendidikan seharus lebih peka dan sensitif tentang Sejarah Pertubuhan Malaysia. Informasi sejarah seharus tepat dan jujur. Buke teks sejarah seharus dikaji semula untuk memastikan semua sejarah dalam teks adalah benar dan bukannya rekaan cerita.

    BalasPadam
  22. Betul kata Davin, perlu dikaji dan semak semula buke teks Sejarah untuk memastikan tiada rekaan cerita atau kekeliruan kepada pelajar dan pembaca. Sejarah adalah amat penting merekodkan perjuangan nenek-moyang kami demi pencapaian Kemerdekaan untuk negara.

    BalasPadam
  23. Saya tak juga hebat sejarah tapi tarikh2 penting ni saya tahu jugalah. Cuma hairan dengan iklan2 di tv atau mana2 media sedap ja cakap Msia 54 tahun.. Amboooooiiiiii..

    BalasPadam
  24. Bagus jugalah kalau kena kaji.. Kalau boleh kaji soal juga cuti.. Sabah bagilah cuti dua hari sempena merayakan hari kemerdekaan Sabah dan juga Sjung. hahahhaha

    BalasPadam
  25. Harap kajian yang dibuat membuahkan hasil positif. Jangan lagi ada yang keliru.

    BalasPadam
  26. Inilah yang susah ni kalau fakta sejarah ikut suka hati saja disebar.. Kalau betul takpalah.. Kalau tak, kan jadi isu??? huhuhu

    BalasPadam
  27. Harap hal ini dapat ditanggani dengan baik.

    BalasPadam
  28. hope there's some improvements to this.

    BalasPadam
  29. Memang betul, buku teks sejarah kita perlulah dikaji semula suapay fakta-fakta yang disertakan adalah betul dan telus.

    BalasPadam
  30. Rakyat berhak mengetahui kejadian sebenar dalam perbentukan negara kita.

    BalasPadam
  31. sebaiknya jika ianya dikaji semuala..pemahaman tentang fakta sejarah perlu diketahui oleh para pelajar.

    BalasPadam
  32. 31 ogos adalah hari kemerdekaan dan pada 16 september pula adalah hari gabungan menjadi Malaysia.

    BalasPadam
  33. lagi bagus jika ada buku sejarah yang dikhaskan untuk Sabah.. memuatkan semua sejarah2 berkaitan dengan Sabah yang mana tidak terdapat dalam mana2 buku sejarah sebelum ini..

    BalasPadam
  34. yang paling penting ialah ahli2 politik tidak perlu bercakap soal sejarah, dan biar hanya pakar sejarah sahaja yang melakukan tugas2 ini..

    BalasPadam
  35. saya tak setuju ika hanya pakar sjrah shjew yg memainkn peranan dlm soal ni.. kita semua ni kan 1 RAKYAT MALAYSIA.. KITA SEMUA NI YANG TINGGAL KAT MALAYSIA.. kenapa msih diktakan " suara pndapat xdibenrkan???

    sejarah adlh ssuatu yang berulang.. dn stiap pristiwa yang brlku dlu akn diulgkn blik..mskipun ZAMAN DA BERUBAH~
    peprgn, kntroversi.. politik dll..

    sbnrnye agak sedih sgt2 tgok peljr / generasi baru akn dtg bljr sejrah yang TAK BENAR.. dn apth lagi naik form5 bole ktakn buku teks sjarah skrg hmpir mnipu ..

    dihrp menteri peljaran jgnlah ambil ringn dlm hal ni..
    kmerdekaan mrupkn aspek pnting prpaduan.. kalau sejarah palsu .. mmg la generasi muda xakn mnghyati apa tu kmerdekaan sbnr..

    (PEACE~ )

    BalasPadam