Ahad, September 04, 2011

KAJI JUMLAH GURU BUAT KERJA LUAR

Kaji jumlah guru buat kerja luar

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kajian perlu dilakukan untuk memastikan jumlah sebenar guru yang terlibat membuat kerja luar supaya sistem pendidikan negara tidak terjejas.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai perkara itu, tetapi tiada statistik sebenar dan berharap bilangan guru yang terlibat tidak ramai.

“Kajian harus dilaksanakan bagi mengetahui kenapa dan mengapa guru-guru tersebut perlu membuat kerja luar sedangkan mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berat dalam mendidik anak bangsa.

“Sekiranya guru mahu mencari pendapatan lain sekali pun, mereka perlu patuh kepada etika dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pendidik,”

katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan mengenai fenomena guru membuat kerja luar boleh mengganggu dasar pendidikan negara.

Sementara itu tokoh akademik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, pihak sekolah perlu menggariskan sasaran yang harus dicapai oleh guru-guru bagi memastikan mereka sentiasa menjalankan amanah mendidik dengan baik.

“Penilaian terhadap guru harus dibuat untuk melihat prestasi mereka ketika mengajar murid di kelas.

“Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan perbuatan guru membuat kerja luar kerana mereka sepatutnya menggunakan masa selepas waktu persekolahan dengan menyediakan bahan mengajar untuk hari esok pula,” katanya.

Dalam pada itu Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, bilangan guru yang melakukan tugas luar seperti mengajar di kelas tambahan dan menjadi ejen insurans adalah sedikit dan ia masih terkawal.

“Memang ada segelintir guru yang melakukan tugas luar tetapi mereka akan pastikan tanggungjawab di sekolah selesai terlebih dahulu,” katanya.

11 ulasan:

  1. Saya rasa tiada masalah untuk guru membuat kerja luar jika mereka pandai mengurus masa dan tidak menjejaskan tanggungjawab mereka sebagai guru.

    BalasPadam
  2. Tengoklah macam mana kementerian pendidikan akan mengurus isu ini.

    BalasPadam
  3. menurut cerita yang saya pernah dengar, ada guru yang hobinya suka memancing dan menyelam di laut. oleh sebab dia akan pergi pada waktu malam sehingga subuh maka keesokan harinya dia sering lewat datang untuk mengajar. keadaan ini bukan sekali dua tapi hampir setiap hari. oleh sebab itu, dia telah ditukar/dipindahkan ke Jabatan Pelajaran Daerah dan bukan untuk mengajar para pelajar lagi.

    BalasPadam
  4. Jadi, saya bersetuju juga dengan pendapat Jasa. memang tiada masalah seorang guru melakukan kerja luar untuk menambahkan pendapatan atau sebagainya jika dia dapat mengatur masa dengan baik dan kegiatan tersebut tidak mempengaruhi dan menjejaskan tanggungjawabnya sebagai seorang guru.

    BalasPadam
  5. Asalkan mereka tahu yang mana satu harus jadi keutamaan dan memastikan tugas sebagai guru tidak terjejas.

    BalasPadam
  6. Kenapa nak buat kerja luar? Apa yang tidak cukup?

    BalasPadam
  7. golongan guru la yang paling banyak menerima insentif dari kerajaan.. dan sebagai warga pendidik, mereka tidak sepatutnya melakukan apa2 kerja di luar yang boleh mengganggu tugas utama mereka.. bagi saya, menambah pendapatan itu adalah hak individu, tetapi pandai2 la membahagikan masa dan tenaga..

    BalasPadam
  8. mana2 guru yang terjejas aktiviti pengajarannya, baik diberhentikan supaya pelajar2 tidak menjadi mangsa.. tapi jika ada guru2 yang melakukan kerja luar tanpa sedikitpun menjejaskan tanggungjawabnya sebagai guru, kerajaan tidak patut menghalang mereka dari terus melakukan kerja luar itu..

    BalasPadam
  9. pada saya, jika mereka ingin melakukan kerja luar sekali pun, mereka kena pastikan prestasi kerja sebagai guru tidak terjejas dan sentiasa menjadi keutamaan.

    BalasPadam
  10. walaupun guru2 ada kerja luar, tapi jgnlah samai menjejaskan produktiviti mereka sebagai pengajar.

    BalasPadam
  11. Etika yang sedia ada perlu diikut. Tidak salah ada kerja luar tapi yang penting tanggungjawab tidak diabaikan.

    BalasPadam