Elaun ketua kampung berbeza dengan penghulu
RANAU September 7, 2011: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun menyarankan kepada semua ketua kampung di negeri ini supaya memahami tugas dan tanggungjawab mereka dalam mentadbir sesebuah kampung dan tidak keliru berhubung perbezaan pembayaran elaun dengan penghulu di Semenanjung.
Menurutnya, penyelarasan gaji penghulu di Semenanjung dibuat atas dasar mereka juga adalah pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), berbeza dengan di Sabah di mana hampir semua jawatan ketua kampung dan pengerusi JKKK dipegang oleh orang yang berlainan.
“Selain jawatan ketua kampung, di Sabah juga ada jawatan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua Anak Negeri (KAN) dan Ketua Daerah dalam sistem pentadbiran adat anak negeri, manakala di Semenanjung Malaysia mereka hanya mengujudkan jawatan penghulu.
“Jadi beban dan tanggungjawab dipikul bersama oleh para penghulu,”
jelasnya ketika diminta mengulas isu perbezaan bayaran elaun ketua kampung di Sabah dengan penghulu di Semenanjung yang kini sengaja ditimbulkan oleh golongan tertentu sebagai isu dan bahan politik mereka.
Masidi yang juga Adun Karanaan berkata, kaedah yang sesuai dan saksama berhubung penyelarasan elaun ketua kampung di Sabah masih dalam peringkat perundingan antara Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan.
“Dengan itu, saya mengingatkan golongan tertentu agar tidak menjadikan perbezaan bayaran elaun ketua kampung di Sabah dengan penghulu di Semenanjung sebagai bahan politik sempit dan mengelirukan,” tegasnya yang juga Ketua Umno Ranau.
Berhubung persediaan jentera parti Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO Ranau dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Masidi menyeru semua peringkat cawangan yang terlibat terutama Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno supaya memperkemaskan jentera masing-masing meskipun tarikh pilihan raya sebenar belum diumumkan.
There are differences in roles between Peninsula and East Malaysia. Hope that the villager head will be understanding about this issue.
BalasPadamIt is also hoped that the villager head in Sabah will continue to work hard despite not having higher allowance.
BalasPadamharp semua faham akan bidang tugas ketua Kampung dan penghulu. bidang tugas mereka yg membezakan jumlah elaun yang diperolehi.
BalasPadamterdapat perbezaan beban dan tanggungjawab dan disebabkan itulah jumlah elaun adalah berbeza.
BalasPadamyang penting mereka dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka dengan baik.
BalasPadamowh begitu pula ceritanya.. tapi kan lebih baik jelaskan kekeliruan ini ketika isu ini mula2 dimainkan oleh pihak tertentu..
BalasPadamsaya harap semua ketua kampung di Sabah dapat menerima penjelasan ini dengan hati yang terbuka dan tidak terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu yang cuba menimbulkan ketegangan dikalangan ketua kampung dan pihak kerajaan.
BalasPadamsemuanya sudah jelas. jangan lagi ada pihak mau mempertikaikan hal ini.
BalasPadamdiharap ketua kampung di negeri ini lebih mengutamakan peranan dan tanggungjawab mereka dari memikirkan soal elaun.
BalasPadamPenjelasan ini perlu , agar tiada salah faham lagi.
BalasPadamisu ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ketua2 kampung di Sabah. Tapi dengannya keterangan harap tidak ada lagi yang keliru.
BalasPadamdiharap penjelasan datuk masidi dapat merungkai segala kekusutan yang berlaku, bukan saja di kalangan ketua kampung, tetapi juga di pihak pembangkang yg membangkitkan masalah ini tanpa memeriksa fakta mereka....terima kasih :)
BalasPadamHarap pihak tertentu memahami maksud kedua tugas ini. Memang sama tapi ada tugas lebihan yang berlainan.
BalasPadamSekarang baru saya tahu kenapa Penghulu dan Ketua Kampung berbeza bayarannya. Sebelum ini langsung tidak tahu kenapa dan cuma tahu cakap tidak adil kerana pemberian elaun yang berbeza.
BalasPadam"Datuk Masidi Manjun menyarankan kepada semua ketua kampung di negeri ini supaya memahami tugas dan tanggungjawab mereka dalam mentadbir sesebuah kampung dan tidak keliru berhubung perbezaan pembayaran elaun dengan penghulu di Semenanjung."
BalasPadamPenjelasan telah dibuat dengan jelas dan terperinci, harap semua ketua kampung memahami peranan dan tanggungjawab yang dimainkannya berbanding dengan di Semenanjung yang seorang memegang jawatan dan peranan yang berganda-ganda.
It's a good idea to make things clear so that it's not confusing the people. Hoping all Ketua Kampung can understand and accept the fact.
BalasPadam“Dengan itu, saya mengingatkan golongan tertentu agar tidak menjadikan perbezaan bayaran elaun ketua kampung di Sabah dengan penghulu di Semenanjung sebagai bahan politik sempit dan mengelirukan,”
BalasPadamHoping such issues has no relation with the politics behind the scene.
Penjelsan telah dibuat dengan jelas oleh Datuk Masidi, harap tiada kekeliruan di masa akan datang. Syabas, masalah diselesaikan.
BalasPadamLebih baik membuat penjelasan supaya para Ketua Kampung memahami keadaan sebenar untuk mengelakkan kekeliruan dan perasaan tidak puasa hati.
BalasPadamHarap penjelasan ini dapat diterima dengan hati yang terbuka.
BalasPadamHarap semua ketua kampung di negeri Sabah dapat meneruskan usaha dan tanggung jawab mereka dengan berkesan.
BalasPadamPeranan lebih banyak, tanggung jawab lebih banyak, itu lar mereka dapat banyak juga. Harap isu ini tidak berlanjutan.
BalasPadam“Dengan itu, saya mengingatkan golongan tertentu agar tidak menjadikan perbezaan bayaran elaun ketua kampung di Sabah dengan penghulu di Semenanjung sebagai bahan politik sempit dan mengelirukan,” tegasnya yang juga Ketua Umno Ranau.
BalasPadamNothing related to politic actually, hope no one take things for granted. Carry on your duty and dedicate more for the people.
Yang penting penjelasan telah dibuat, seharus diterima oleh semua pihak.
BalasPadamDifferent job position, different salary.
BalasPadamhope they will not argue abt the differences amount of salary they get.
BalasPadam