Ahad, Ogos 07, 2011

KES MAYAT WANITA DIKERAT 15, 8 WARGA ASING DITAHAN POLIS

Polis Tahan Lapan Orang Bantu Siasatan

KUALA LUMPUR : Polis telah menahan lapan lelaki warga asing semalam bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita dikerat di sebuah unit pangsapuri di Ampang, Rabu lepas dan menemui sejenis alat yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan kejam itu.

Tujuh dari lapan lelaki itu ditahan dalam serbuan kira-kira 12.20 tengah malam semalam di sebuah rumah, yang terletak dalam blok yang sama dengan lokasi pembunuhan kejam itu, manakala seorang lagi di sebuah hotel di Jalan Ampang kira-kira dua jam kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata alat tersebut yang ditemui ketika serbuan dilakukan di rumah suspek bagaimanapun bukanlah sejenis senjata.

Tanpa menamakan alat tersebut, beliau memberitahu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang di sini Ahad bahawa alat itu dipercayai digunakan untuk membunuh dan mengerat mangsa.

NGERI...kaki yang ditemui dalam tandas.NGERI...kaki yang ditemui dalam tandas.

Suspek berumur antara antara 26 hingga 38 tahun merupakan pekerja pembersih di kawasan apartment tersebut, pekerja restoran serta pekerja hotel dan telah menetap di Malaysia antara dua minggu hingga satu tahun, katanya.

Kesemua mereka di tahan reman sehingga Sabtu depan.

Ketika ditanya mengenai pemilik rumah tempat mayat wanita tersebut ditemui, Mohd Adnan berkata polis telah mengambil keterangan dari pemilik unit pansapuri itu yang merupakan seorang warga tempatan.

Polis mendapati pemilik rumah itu tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

 

Mengenai hubungan antara kanak-kanak yang turut ditemui dengan mangsa, beliau berkata ia masih dalam proses patalogi serta motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Rabu lepas, polis menemui keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus dalam beberapa beg plastik serta dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang.

Selepas siasatan awal, polis mengesahkan kesemua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita warga asing berumur 30 an dan seorang kanak-kanak lelaki yang dianggar berusia antara lima dan enam tahun.

------

Mayat dikerat disahkan wanita warga asing, lapan ditahan bantu

2 ulasan:

  1. Orang yang melakukan pembunuhan ini memang tiada perasaan langsung!

    BalasPadam