Selasa, Julai 19, 2011

WARGA FILIPINA DITANGKAP KERANA ROGOL ADIK IPAR

Warga Filipina ditangkap kerana rogol adik ipar

SANDAKAN July 18, 2011: Seorang lelaki warga Filipina didakwa merogol adik iparnya di sebuah rumah di kawasan setinggan Kampung Bukit Batu 2 ½ Jalan Utara, dekat sini pada malam Ahad berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, suspek berumur 32 tahun itu didakwa merogol adik iparnya berumur 25 tahun di bilik di rumah mereka di perkampungan setinggan berkenaan.

Dalam kejadian itu, suspek dikatakan telah masuk ke bilik mangsa lalu merogolnya. Mangsa telah berteriak meminta tolong dan makcik mangsa yang menyedari kejadian itu kemudiannya bertindak mengunci pintu rumah berkenaan dari luar.

Makcik mangsa telah meminta bantuan jiran berhampiran sebelum menghubungi pihak polis. Suspek kemudian berjaya ditangkap dan di bawah ke balai polis untuk siasatan dibawah seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Difahamkan semasa kejadian itu berlaku, isteri suspek telah pulang kampung.

10 ulasan:

  1. Warga asing sememangnya punca kepada segala masalah.

    BalasPadam
  2. harap warga asing tersebut dikenakan hukuman yang sewajarnya.

    BalasPadam
  3. hukuman setimpal wajar dikenakan terhadap perogol.

    BalasPadam
  4. Tiada guna punya orang. Baik kasi dia hukuman gantung sampai mati saja.

    BalasPadam
  5. Perogol ni patut kena hukuman berat yang sampai bila2 mereka akan ingat.

    BalasPadam
  6. lagi kes yang melibatkan warga asing. hukuman yang berat wajar dikenakan terhadap pesalah tersebut.

    BalasPadam
  7. warga asing ni mmg suka buat jenayah, smpai adik ipar sendiri pun nak dirogol. patut dikenakan hukuman berat ni.

    BalasPadam
  8. Kerajaan perlulah mengurangkan jumlah warga asing dinegara kita ini. Kerana kita risau akan keselamatan penduduk tempatan.

    BalasPadam
  9. Lagi melibatkan orang asing. Sampai bilakah kita akan hidup dengan rasa takut. Kehadiran mereka benar2 memberi kesan negatif.

    BalasPadam
  10. zaman ini susah untuk kita percaya dengan orang walaupun orang itu mempunyai kaitan kekeluargaan atau rapat dengan kita.. apa yang boleh kita lakukan ialah sentiasa mengamalkan sikap berhati2 walau dimana jua kita berada dan pada bila2 masa.

    BalasPadam