Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan Pada Ahad
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.
tak lama lagi puasa.
BalasPadamSelamat berbuka puasa kepada semua umat Islam di Malaysia.
BalasPadambeberapa hari lagi umat Islam akan berpuasa. selamat berpuasa kepada semua umat Islam.
BalasPadam31hb tengok anak bulan, tak lama lagi umat Islam akan menyambut Ramadan bulan yang mulia.
BalasPadamtidak lama lagi seluruh umat Islam akan menjalani ibadah puasa. selamat berpuasa kepada semua umat Islam..
BalasPadamya, selamat berpuasa kepada semua umat Islam!
BalasPadamTak lama lagi puasa oo.. Punya siuk ni ada bazaar. hehe
BalasPadamSelamat berpuasa pada semua umat Islam :)
BalasPadamRamai yang tidak Sabar dengan kedatangan ramahdan ini.
BalasPadamsaya dahulukan dengan ucapan selamat berpuasa untuk umat Islam di seluruh negara..
BalasPadam