Khamis, Julai 28, 2011

LELAKI WARGA ASING MENETAK MANGSA DIPENJARA 18 TAHUN, 14 SEBATAN

Lelaki lakukan kesalahan imigresen dipenjara 18 tahun, 14 sebatan

SANDAKAN 27th July, 2011: Seorang lelaki berusia 25 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun dan 14 kali sebatan selepas mengaku salah melakukan kesalahan imigresen dan jenayah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini kelmarin.

Menurut fakta kes, pada petang 4 Julai lalu seorang pembantu rumah yang juga mangsa kejadian telah keluar melalui pintu dapur untuk mengangkat kain yang dijemur di bahagian hadapan rumah dan pintu berkenaan ditinggalkan dalam keadaan terbuka.

Pada masa itu, tertuduh telah masuk melalui pintu belakang rumah dan mengambil sebilah pisau pemotong daging yang diletakkan di luar dapur kemudian masuk melalui pintu dapur itu lalu masuk ke sebuah bilik bersebelahan.

Tertuduh dikatakan menyelongkar bilik tersebut dan mengambil sebuah telefon bimbit dan setelah lebih 10 minit kemudian, mangsa masuk melalui pintu dapur dan mengunci pintu tersebut dan pada masa itu juga tertuduh telah datang dan menetak tangan, kepala dan muka mangsa beberapa kali.

Menyedari kejadian itu, anak majikan mangsa berkenaan yang berada di ruang tamu bertindak cuba membantu tetapi tertuduh kemudian berjaya mengambil anak kunci dan keluar melalui pintu dapur dan seterusnya melarikan diri bersama-sama pisau tersebut.

Kawad cam yang dijalankan kemudiannya dapat mengecam tertuduh dengan positif tetapi tiada rampasan dibuat kerana tertuduh telah menjual telefon bimbit berkenaan dan menggunakan wang itu untuk perbelanjaan harian selain pisau yang digunakan juga tidak berjaya ditemui yang mana tertuduh mengaku telah membuangnya di kawasan belukar taman perumahan tempat ia mencederakan mangsa.

Atas kesalahan itu, tertuduh iaitu Gili Abdul, dikenakan hukuman setahun penjara dan tiga sebatan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sandakan, Elsie Primus, di bawah Seksyen 6 (1) © Akta Imigresen Malaysia kerana tidak memiliki dokumen.

Bagi kesalahan kedua pula, Elsie juga mengenakan hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan kepada tertuduh kerana telah melakukan satu kesalahan dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Manakala bagi kesalahan ketiga, Majistret Monica Linsua menjatuhkan hukuman lima tahun penjara dan lima sebatan ke atas tertuduh kerana bersalah di bawah seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Bagi ketiga-tiga kesalahan berkenaan, tertuduh akan menjalani hukuman itu secara serentak.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fillany Siji.

14 ulasan:

  1. memang wajar penjenyah warga asing tersebut dikenakan hukuman berat diatas kesalahan serius yang dilakukannya.

    BalasPadam
  2. warga asing lagi. tak habis2 buat jenayah.

    BalasPadam
  3. Foreigners in Sabah has been contributing to many crime in the state.

    BalasPadam
  4. Hope that the police can help reduce crime rates within the state.

    BalasPadam
  5. warga asing ni bukan saja membawa masalah kepada rakyat tempatan tetapi juga kerajaan. bila dimasukkan ke penjara, wang kerajaan juga yang digunakan. lebih baik kalau hantar saja penjenayah tu di negara asalnya dan penjara di sana. tapi rasanya agak sukar juga.

    BalasPadam
  6. This is why illegal immigrants must be deported back!

    BalasPadam
  7. I hope the punishment will serve as an example to all illegal immigrants out there if they happen to commit crime in our country.

    BalasPadam
  8. Jenayah semakin menjadi-jadi di kalangan warga asing ini. Warga asing ini perlu dikawal kemasukan ke M'sia. Warga asing yang ada di M'sia kena;ah dipantau dari semasa ke semasa.

    BalasPadam
  9. Hukuman itu jika dibandingkan dengan kesalahan yang telah dilakukan saya rasa masih tidak mencukupi. Individu seperti ini tidak seharusnya mendapat layanan yang baik dan harus diberi pengajaran sepenuhnya agar sedar dan bertaubat.

    BalasPadam
  10. Kenakan hukuman yang berat. Biar insaf terus. Tak habis2 mendatangkan masalah.

    BalasPadam
  11. Warga asing selalu terlibat dengan jenayah. Ini lah sebab kukuh mengapa kita harus menentang kehadiran penduduk asing di tanah Sabah.

    BalasPadam
  12. tak habis-habis jenayah melibatkan warga asing..lebih baik hantar balik sahaja mereka yang melakukan jenayah di negeri kita.

    BalasPadam
  13. Pendatang berani berbuat demikian bagi meneruskan kehidupan di Negara orang lain. Jadi ini yang membimbangkan kita. Mereka sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan sesuatu yang mereka perlukan.

    BalasPadam
  14. kepada semua PATI, ambil la peluang mendapatkan dokumen sah dalam program yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

    BalasPadam