Selasa, Jun 14, 2011

POLIS CARI EMPAT WARGA ASING BANTU SIASATAN TIGA KES BUNUH

Polis Cari Empat Warga Asing Bantu Siasatan Tiga Kes Bunuh

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Empat warga asing sedang dicari polis bagi membantu siasatan tiga kes bunuh pada Februari, Mei dan Jun tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata satu kes melibatkan warga Bangladesh dikenali sebagai Norisham yang ditemui mati oleh majikannya di sebuah kilang besi di Taman Industri Selesa, Taman Taming Jaya, Kajang pada 7 Mei lepas.

Berikutan itu, polis sedang mencari rakan sekerja mangsa di kilang sama, lelaki warga Myanmar bernama Aung Zaw Lat, 22, yang melarikan diri selepas kejadian, katanya dalam sidang media di sini hari Isnin.

Mohd Adnan berkata polis juga sedang mencari seorang wanita warga Indonesia Herlina Ubolwati Simanjutak bagi membantu siasatan kes bunuh warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Darno di Stesen Keretapi Komuter Batu Tiga, Subang Jaya pada 8 Mei lepas.

Herlina yang dipercayai teman wanita Darno telah menelefon si mati untuk mengajaknya ke tempat kejadian sebelum mangsa dibunuh oleh beberapa orang yang juga dipercayai warga Indonesia, katanya.

Sementara itu, polis masih mencari dua adik beradik warga Myanmar, Saw Myint Aye dikenali sebagai Pendek dan Saw A Kyew dikenali sebagai Adik yang kedua-duanya dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan kematian seorang warga Myanmar Saw Kyaw Kyaw, 30.

Kyaw Kyaw ditemui mati di asrama pekerja di Jalan Sungai Pinang 5/7 Pulau Indah Pelabuhan Klang pada 20 Feb lepas dengan kesan kelar pada lehernya.

Mohd Adnan meminta orang ramai yang melihat atau mengenali mereka supaya menghubungi balai polis berdekatan.

10 ulasan:

  1. warga asing ni selalu saja terlibat dalam jenayah bunuh. harap2 keempat-empat warga asing ni segera dikesan.

    BalasPadam
  2. Tidak habis2 menimbulkan masalah.

    BalasPadam
  3. Kenapa warga asing begitu suku melakukan jenayah di tempat kita?

    BalasPadam
  4. sudah sering kita dengar jenayah yang melibatkan warga asing. harap pekara ini dapat dibendung.

    BalasPadam
  5. peningkatan kes2 jenayah yang dilakukan oleh warga asing patut cukup untuk menyedarkan kerajaan bahawa sudah tiba masanya kerajaan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dan memburu semua PATI yang masih bersembunyi di negara ini.

    BalasPadam
  6. watga asing ni suka sangat melakukan pembunuhan, benar2 berbahaya mereka ni, harap mereka semua ni berjaya dikesan.

    BalasPadam
  7. Maklumat dari orang ramai perlu bagi menangani kes bunuh ini.

    BalasPadam
  8. Tiada warga asing, berkuranglah masalah jenayah di negara kita.

    BalasPadam
  9. Semoga pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pekerja asing yang mempunyai rekod jenayah di Malaysia iaitu mengusir mereka balik ke negara asalnya.

    BalasPadam
  10. kurangkan pengambilan pekerja-pekerja asing ke negara kita.

    BalasPadam