Khamis, Mei 19, 2011

SABAH SOFTWOODS TERIMA ANUGERAH LADANG BAHAGIA KALI KEDUA

Sabah Softwoods Terima Anugerah Ladang Bahagia Kali Kedua

TAWAU, 18 Mei (Bernama) -- Syarikat milik kerajaan negeri, Sabah Softwoods Berhad, menerima anugerah Ladang Bahagia buat kali kedua sebagai pengiktirafan kepada usaha syarikat itu meningkatkan kemudahan asas pekerja ladang.

Anugerah itu diperoleh melalui syarikat Brumas Forest Plantation.

Sabah Softwoods menerima anugerah itu daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 7 Mei sempena sambutan Hari Buruh di Kompleks Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

Kali pertama Sabah Softwoods menerima anugerah Ladang Bahagia ialah pada 2009 melalui Ladang Kelapa Sawit Cenderamata.

"Sudah pasti kami amat berbangga dengan pengiktirafan itu. Ini akan memberi lebih galakan kepada kami untuk menyediakan kemudahan asas terbaik kepada pekerja kami," kata ketua pegawai operasi Sabah Softwoods Frank Salazar kepada Bernama di sini Rabu.

Sejak 2002, beliau berkata syarikat itu membelanjakan kira-kira RM65 juta bagi meningkatkan perumahan, pendidikan dan kemudahan sosial pekerjanya di 11 ladang milik syarikat itu.

Beliau menjangkakan syarikat itu akan membelanjakan RM40 juta lagi dalam tempoh lima tahun akan datang untuk melengkapkan projek meningkatkan kemudahan di ladang itu.

Brumas Forest Plantation menempatkan kira-kira 400 pekerja. Kira-kira 30 peratus daripada pekerja itu adalah rakyat tempatan manakala selebihnya pekerja asing.

Salazar berkata pekerja ladang disediakan dengan kemudahan klinik, sekolah dan tadika, dewan, stadium mini, padang golf, masjid dan padang bola.

Lapan puluh Orang Kelainan Upaya (OKU) juga diambil bekerja oleh syarikat itu.

13 ulasan:

  1. Tahniah kepada Sabah Softwoods.

    BalasPadam
  2. tahniah..teruskan usaha baik ini..

    BalasPadam
  3. syarikat-syarikat lain juga haruslah mencontohi Sabah Softwoods agar mampu mendapat pengiktirafan pada masa akan datang.

    BalasPadam
  4. tahniah, teruskan usaha untuk lebih berkembang maju.

    BalasPadam
  5. 70% pekerja asing? Ramai juga pekerja asing di syarikat Brumas Forest Plantation. jadi rata-ratanya kemudahan yang disediakan dinikmati oleh warga asing.

    BalasPadam
  6. apapun, usaha syarikat ni sangat dihargai dan semoga terus menjaga kebajikan pekerjanya.

    BalasPadam
  7. tahniah kepada Sabah softwood kerana mendapat anugerah ladang..

    BalasPadam
  8. Semoga apa pun kemudahan untuk para pekerja diladang akan diutamakan. Semoga terus dan terus beruasaha dalam menaiktaraf ladang.

    BalasPadam
  9. Taniah dan teruskan usaha utk lebih berjaya pada masa akan datang.

    BalasPadam
  10. semoga Sabah Sofwoods akan terus berkembang.

    BalasPadam
  11. Memang bagus kerana syarikat ini sudi memberi peluang kepada OKU untuk bekerja.

    BalasPadam
  12. tahniah.. teruskan usaha meningkatkan taraf hidup serta menyediakan kemudahan2 asas kepada pekerja.. letakkan kebajikan pekerja di tempat yang pertama, bukannya keuntungan..

    BalasPadam
  13. betul kerr utk sekolah? :)

    BalasPadam