Jumaat, Mei 20, 2011

SABAH CATAT JUMLAH TERTINGGI ADUAN BERHUBUNG MASALAH TANAH DI NEGARA INI

Sabah Catat Jumlah Tertinggi Aduan Berhubung Masalah Tanah Di Negara Ini

KOTA KINABALU, 19 Mei (Bernama) -- Lebih 1,000 aduan berhubung dakwaan pencabulan terhadap hak tanah masyarakat pribumi direkodkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di seluruh negara setakat ini, kata Pesuruhjaya Suhakam Sabah Jannie Lasimbang.

Beliau berkata Sabah mencatatkan jumlah tertinggi aduan iaitu 834 antara 2002 dan suku pertama tahun ini, disusuli oleh masing-masing 229 dan 45 aduan di Sarawak serta Semenanjung.

"Pencabulan ini yang berlaku dalam pelbagai bentuk, lama tertunggak, berterusan dan bersistematik telah menjejaskan hak komuniti ini," kata beliau menerusi satu kenyataan di sini hari Khamis.

Sehubungan itu, Jannie berkata pada 10 Mei lepas, Suhakam mengumumkan secara rasmi penubuhan inkuiri nasional mengenai hak tanah Orang Asal dan Asli di negara ini.

Beliau berkata inkuiri nasional itu akan mengkaji punca masalah berkaitan tanah hak adat (NCR) secara komprehensif daripada perspektif hak asasi manusia dan akan mencadangkan penyelesaian sewajarnya terhadap masalah berkenaan.

Jannie berkata panel itu terdiri daripada anggota suruhanjaya Suhakam -- Tan Sri Hasmy Agam selaku pengerusi, Jannie dan Muhammad Shaani Abdullah dan akan dibantu oleh Tan Sri Simon Sipaun sebagai juruperunding bebas, yang dipilih oleh suruhanjaya itu berdasarkan pengetahuan, pengalaman serta kepakaran meluas beliau dalam bidang hak penduduk pribumi.

Beliau berkata penyelidikan yang berterusan turut dijalankan berkaitan perkara itu termasuk meneliti kes membabitkan pertikaian tanah, undang-undang dan dasar yang menjejaskan tanah pribumi.

Jannie berkata inkuiri nasional itu akan memulakan proses berkenaan dengan mengadakan beberapa siri perundingan dengan pemegang kepentingan yang berkaitan di Sabah, dan bagi tempoh 17 Jun hingga 5 Julai, perundingan bagi inkuiri itu akan meliputi hampir semua daerah di negeri ini.

Beliau berkata apabila proses perundingan itu selesai, panel inkuiri akan mengadakan sesi pendengaran awam di venue yang sama untuk mendengar keterangan daripada saksi utama.

----

Sabah has highest complaints on land problems in the country latest!

19 ulasan:

  1. Harap kerajaan akan memberi perhatian kepada aduan daripada rakyat dan berusaha menyelesaikan masalah yang ada.

    BalasPadam
  2. nempaknya byk masalah mengenai tanah di Sabah. semua masalah ini harus diselesaikan dgn segera,

    BalasPadam
  3. harap aduan berkaitan tanah yang dibuat akan dapat diselesaikan.

    BalasPadam
  4. aduan yang diterima juga haruslah diteliti dengan sebaiknya agar penyelesaian terbaik dapat dicari.

    BalasPadam
  5. Harap masalah ini akan dapat diselesaikan sebaiknya.

    BalasPadam
  6. Kerajaan telah mencari jalan penyelesaian berhubung masalah tanah yang berlaku di Sabah ini. Ada beberapa perkara dilakukan oleh kerajaan Sabah seperti mengantikan status hutan simpan kepada tanah kerajaan dan dibahagikan kepada penduduk atas satu geran. Kenapa satu geran, kerana mengelak daripada penjualan tanah berlaku. Jika nama untuk satu geran sudah pasti mudah untuk penduduk menjualkannya.

    BalasPadam
  7. Benar juga kata albert wong itu. Tapi biarlah kerajaan menangani masalah ini. Pastikan masalah tanah yang berlaku di negeri Sabah ini dapat diselesaikan. Masalah rakyat, kerajaan selesaikan.

    BalasPadam
  8. Rasanya pencabulan terhadap hak tanah masyarakat peribumi di Sabah kebanyakannya dilakukan oleh syarikat-syarikat yang menjalankan pembangunan. masyarakat peribumi ni tak tahu pula mengenai hak asasi jadi memang baguslah IN ni dilaksanakan. Ia mempunyai dua fokus iaitu mendapatkan fakta atau maklumat dan memainkan peranan untuk mendidik masyarakat mengenai hak asasi manusia.

    BalasPadam
  9. IN sebenarnya bukan satu usaha untuk mencari kesalahan mana-mana pihak tetapi ia adalah satu usaha untuk menyelesaikan hak tanah Orang Asal dengan cara yang terbaik. SUHAKAM akan mengenalpasti langkah dan cadangan serta syor untuk dikemukakan kepada kerajaan.

    BalasPadam
  10. Isu mengenai tanah ini sangat serius dan perlu diberi perhatian kerana hak tanah peribumi bukan saja dinyatakan dalam perlembagaan di Malaysia malah peringkat antarabangsa. Artikel 161A(5) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan undang-undang negeri di Sabah dan Sarawak terhadap tanah rizab untuk Orang Asal atau memberi keutamaan dalam isu pemilikan tanah mereka oleh Kerajaan Negeri. Artikel 8(5)(c) Perlembagaan Persekutuan diberi kuasa untuk menggubal "perlindungan, kesejahteraan dan kemajuan" Orang Asli, yang seharusnya difahami bahawa Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Semenanjung Malaysia bertanggungjawab terhadap kewajipan kepada Orang Asli, terutama berkaitan tanah adat mereka. Artikel 26 daripada Perisytiharan Hak Asasi Orang Asal mempunyai hak terhadap tanah, wilayah dan sumber-sumber yang secara tradisinya mereka miliki, duduki atau sebaliknya mengguna atau memperolehi, dan bahawa negeri itu akan memberi pengiktirafan dan perlindungan dari segi undang-undang untuk perkara ini.

    BalasPadam
  11. Harap masalah tanah dapat diselesaikan.

    BalasPadam
  12. apa sahaja usaha yang bertujuan untuk menjaga dan melindungi kepentingan rakyat pribumi Sabah wajar disokong. soal berkesan atau tidak perlu diketepikan terlebih dahulu selagi kita belum mencubanya. kerajaan negeri dan persekutuan mesti menunjukkan komitmen mereka dalam menyelesaikan masalah ini dengan menghulurkan kerjasama terhadap pihak/badan2 tertentu di negeri ini.

    BalasPadam
  13. kadangkala kerajaan negeri perlu bertindak tegas dan tidak mudah tunduk dengan arahan kerajaan persekutuan dalam menyelesaikan masalah2 di negeri ini.

    BalasPadam
  14. Masalah tanah yang membelenggu rakyat Sabah memang patut diberi perhatian.

    BalasPadam
  15. Kejadian rampasan tanah di Ssbah semakin meruncing.Di manahakah jalan penyelesaiannya?

    BalasPadam
  16. Why Suhakam is so concerned about this yet no other solutions are given?

    BalasPadam
  17. Kesian kat penduduk kampung semua.

    BalasPadam