Ahad, Mei 29, 2011

PRU 13 TUMPUAN UTAMA KERANA IA SOAL HIDUP ATAU MATI BN

Semua Parti Komponen BN Diarah Bersiap Sedia

Do_or_Die GEORGE TOWN, 29 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan semua parti komponen bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing mulai sekarang.

Katanya, PRU 13 adalah tumpuan utama Barisan Nasional (BN) kerana ia soal hidup atau mati dan disebabkan itu kesemua anggota parti diminta melupakan soal pemilihan parti masing-masing.

"Tumpukan pada pilihan raya dan kemaskan jentera masing-masing. Jangan fikir sangat soal lobi melobi atau siapa nak pegang jawatan kerana yang lebih penting ialah PRU 13 soal hidup mati parti, kita hendaklah lupakan soal pemilihan untuk sementara waktu," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bayan Baru di sini Ahad.

Beliau berkata BN perlu menggunakan pendekatan luar biasa untuk menyelesaikan masalah rakyat dan harus bersungguh-sungguh turun ke padang.

"Kalau BN negeri berhasrat untuk menebus kekalahan pada pilihan raya lepas, kita tidak harus memperkecilkan apa yang mereka (kerajaan negeri) buat.

"Sebaliknya, kita harus berusaha dan bekerja sebagai satu pasukan untuk mendapat balik sokongan rakyat," katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata pemimpin BN perlu akur dan jujur bahawa sememangnya terdapat kelemahan dalam parti masing-masing dan disebabkan itu mereka haruslah merancang apakah yang perlu dilakukan untuk mendapat semula sokongan rakyat.

"Kita hendaklah bangun daripada kekalahan dan memperkukuhkan organisasi bukan sahaja Umno tetapi juga semua komponen lain seperti MCA, Gerakan, MIC, PPP dan lain-lain," katanya.

Katanya, sememangnya telah terdapat tanda-tanda sokongan orang Melayu kepada BN, orang India kepada MIC dan sedikit orang Cina terhadap MCA dan Gerakan.

Beliau berkata pemimpin BN negeri tidak harus lupa dengan peranan mereka untuk membantu rakyat walaupun landskap politik telah berubah dan mereka menjadi pembangkang di Pulau Pinang.

9 ulasan:

  1. Rakyat perlulah pandai menilai parti yang sesuai untuk diundi.

    BalasPadam
  2. semua harus berusaha keras jika ingin meningkatkan sokongan rakyat..

    BalasPadam
  3. persediaan untuk menghadapi PRU perlu diperkukuhkan.

    BalasPadam
  4. kerjasama lebih penting untuk menghadapi PRU yang bakal menjelang. diharap perselisihan sesama ahli sekomponen segera dihentikan.

    BalasPadam
  5. Pemimpin yang b'jiwa rakyat mestilah telus dalam membantu rakyat.

    BalasPadam
  6. Perselisihan faham antara komponen parti hanya akan menyulitkan keadaan. Toleransi dan kerjasama sangat penting.

    BalasPadam
  7. setiap kali berhadapan dengan pilihanraya, pasti arahan dan nasihat yang sama juga akan diulang tayang. kan bagus jika mereka terus sahaja menyelesaikan semua masalah2 rakyat dan mengotakan janji2 mereka.. itulah yang sebenarnya makna persediaan.

    BalasPadam
  8. Bila PRU13 akan diadakan? Itu terpulang dengan keputusan PM kita.

    BalasPadam