Gempa Magnitud 8.8 Skala Richter Landa Jepun
TOKYO: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.
Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.
Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.
Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.
Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.
Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan peringatan kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara.
Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.
SEMENTARA itu, Jabatan Kajicuaca Malaysia menggesa orang ramai menghindari kawasan pantai Labuan dan Sabah ekoran kebimbangan ombak besar dan kenaikan paras air laut akibat gempa bumi di Jepun.
"Paras air dijangka naik di pantai sekitar Labuan dan Sabah menjelang jam 6 petang hingga tengah malam ini," kata jabatan berkenaan.
Dalam pada itu, Bilik Operasi Wisma Putra berhubung gempa bumi di Jepun telah diaktifkan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian-talian berikut; 03-88874570; 03-88892746; 03-88892830; 03-88892380 dan 03-88884770.
Aku sedih melihat gempa yang begitu dahsyat ini di Jepun. Semoga rakyat Jepun akan sabar menghadapi cabaran ini.
BalasPadamDahsyatnya. Harap2 rakyat Jepun pulih dar trauma stunami ni.
BalasPadamgempa dan tsunami ini begitu dashyat. semoga mangsa bencana ini dpt diselamatkan.
BalasPadambencana alam ini menyedihkan semua orang. harap mangsa tabah dan harap Jepun akan cepat pulih..
BalasPadamBencana yang berlaku ini mengorbankan banyak jawa, harap orang jepun akan menerima dugaan ini.
BalasPadamIni semestinya suatu yang menyedihkan bagi rakyat Jepun. Kerugian amat besar dan harap semua akan membantu mereka.
BalasPadamLaporan terkini dari US Geological Survey menyatakan magnitud gempa bumi di Jepun adalah setinggi 9.0 daripada 8.9.
BalasPadamThis is a very devastating news. Sigh.
BalasPadamLet's pray for all those affected by tsunami.
BalasPadam