Khamis, Februari 10, 2011

MUHYIDDIN SERAH BANTUAN PERSEKOLAHAN RM2.5 BILION

Muhyiddin Serah Bantuan Persekolahan RM2.5 Bilion

PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Khamis menyerahkan peruntukan bantuan persekolahan tahun 2011 berjumlah RM2.49 bilion kepada 16 Jabatan Pelajaran Negeri dan tujuh bahagian di Kementerian Pelajaran.

Majlis berlangsung selepas Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, menyampaikan Perutusan Khas 2011 Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Menurut kenyataan kementerian, bantuan itu diberikan bagi merapatkan jurang pendidikan yang wujud antara murid di bandar dan di luar bandar, murid daripada golongan miskin dan berada, murid biasa dan murid berkeperluan khas serta kemudahan bagi murid yang ditimpa bencana.

"Ia juga bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa atau penjaga dalam menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara serta memastikan anak-anak ini terus dapat bersekolah selaras dengan Dasar Pendidikan Wajib 2003," menurut kenyataan itu.

Agihan peruntukan itu dibuat melalui 22 jenis bantuan termasuk Rancangan Makanan Tambahan, Bantuan Pakaian Seragam Sekolah, Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa Kelas Persediaan Universiti, Biasiswa Sukan, Elaun Murid Berkeperluan Khas, Yuran Khas Sekolah, Bantuan Makanan Asrama, Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.

Daripada segi Jabatan Pelajaran Negeri, Sarawak menerima peruntukan tertinggi berjumlah RM393 juta, diikuti Sabah sebanyak RM246 juta, Selangor RM208 juta, Kelantan RM180 juta, Johor RM178 juta, Perak RM159 juta dan Kedah RM139 juta.

Bagi peringkat kementerian, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan mendapat peruntukan tertinggi berjumlah RM117 juta, diikuti Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional sebanyak RM114 juta dan Bahagian Pendidikan Khas sebanyak RM99 juta.

"Kerajaan berharap pemberian bantuan persekolahan ini akan memberi motivasi kepada murid untuk terus menimba ilmu ke peringkat lebih tinggi supaya menjadi insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran serta seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan negara," menurut kenyataan itu.

25 ulasan:

  1. Harap bantuan peruntukan ini dapat merapatkan jurang pendidikan bagi pelajar.

    BalasPadam
  2. peruntukan ini akan dpt merapatkan jurang pendidikan dan membangunkan pendidikan kita.

    BalasPadam
  3. pastikan peruntukan ini digunakan dengan sebaiknya seperti yang diharapkan semua pihak.

    BalasPadam
  4. harap peruntukan ini dapat membantu meringankan beban ibu bapa bagi menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak.

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas bantuan berkenaan.

    BalasPadam
  6. Peruntukkan yang diberikan ini haruslah digunakan sebaiknya bagi pembangunan sekolah dan jurang pendidik.

    BalasPadam
  7. Peruntukkan ini janganlah disia-siakan. Gunakanlah sepenuhnya peruntukkan yang diberikan.

    BalasPadam
  8. saya harap peruntukan itu benar2 sampai kepada sasaran dan tidak menghadapi sebarang masalah bermula dari proses pengagihan hingga kepada pelaksanannya.

    BalasPadam
  9. Semoga amaun ini meningkat prestasi Guru2.

    BalasPadam
  10. Semoga juga ini dapat menggalakkan golongan muda mudi untuk memilih guru sebagai kareir mereka.

    BalasPadam
  11. Selain itu, guru harus bersaing secara sihat. Jangan bersikap atau melakukan sesuatu yang tidak digalakkan.

    BalasPadam
  12. satu berita baik untuk rakyat.

    BalasPadam
  13. peruntukkan ini sudahh pasti akan dapat meringakankan beban yang ditanggung oleh masyarakat sekolah.

    BalasPadam
  14. namun diharapkan peruntukkan ini sampai kepada sasaran dan tidak diselewengkan..pemantauan susulan harus dilakukan.

    BalasPadam
  15. bagi yang menerima, peruntukkan ini harus digunakan sebaik-baiknya..

    BalasPadam
  16. peruntukkan ini juga menunjukkan bahawa kerajaan benar2 prihatin dengan keperluan rakyat.

    BalasPadam
  17. diharapkan peruntukkan ini akan dapat memberikan motivasi kepada anak2 muda untuk terus menimba ilmu..

    BalasPadam
  18. Saya berharap peruntukan ini boleh membenarkan anak-anak miskin terus belajar dan tanpa terlalu membebankan ibu-bapa mereka.

    BalasPadam
  19. Syukur sangat2 dgn kerajaan pusat kerana memberi peluang bagi pelajar di sini untuk belajar.

    BalasPadam
  20. At least our petitions have been heard.

    BalasPadam
  21. Harap peruntukkan ni disalurkan untuk tujuan yang betul:)

    BalasPadam
  22. Saya yakin jika peruntukan ini dimanfaatkan sebaik mungkin, pasti bebanan ibubapa berkurangan.

    BalasPadam
  23. Diharapkan agar peruntukan tersebut akan kekal sampai bila2.

    BalasPadam
  24. Kerajaan telah menunjukkan keperihatinnya kepada sekolah2 di Sabah.

    BalasPadam