Rabu, Februari 23, 2011

GURU BESAR DI KAWASAN LUAR BANDAR SARAWAK MAHU BEKALAN ELEKTRIK 24 JAM

Guru Besar Di Kawasan Luar Bandar Sarawak Mahu Bekalan Elektrik 24 Jam

SIBU, 22 Feb (Bernama) -- Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi berkata beliau akan berbincang dengan pegawai di kementeriannya mengenai permintaan oleh banyak guru besar di sekolah luar bandar untuk mereka terus menikmati bekalan elektrik 24 jam melalui set generator di sekolah masing-masing.

Katanya pada lawatannya ke 11 sekolah di pedalaman daerah Kanowit bermula Ahad, guru besar berkenaan menyampaikan kepadanya mengenai kebimbangan mereka dengan arahan kementerian untuk mengehadkan bekalan elektrik kepada 14 1/2 jam dari April ini.

Bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Sibu hari Selasa, katanya kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM1.05 bilion untuk membekalkan set generator kepada 429 sekolah luar bandar di seluruh negeri.

Katanya amaun itu juga termasuk pemasangan dan pendawaian, tetapi bukan kos diesel untuk generator itu.

"Mungkin kerana kerajaan membelanjakan kos yang tinggi bagi diesel dan sebab itu kementerian mengeluarkan arahan itu.

"Tetapi guru besar berkenaan bimbnag ini akan menjejaskan penghuninya, yang kebanyakannya kanak-kanak, pada waktu malam.

"Mereka juga bimbang bahawa daging dan ikan yang disimpan dalam peti sejuk di sekolah akan rosak jika tiada bekalan elektrik berterusan.

"Bagi guru pula, mereka juga akan terjejas apabila mereka tidak dapat menggunakan komputer atau komputer riba untuk membuat kerja sekolah atau melayari Internet untuk maklumat."

Puad berkata sebab lain arahan itu dikeluarkan ialah kerana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang dalam proses menyalurkan bekalan elektrik dari grid utama ke semua kawasan luar bandar di negeri ini menjelang 2012 sebagai sebahagian sasaran NKRA.

Oleh itu, kementerian pelajaran turut membuat penyesuaian, katanya.

Mengenai lawatannya itu, Puad berkata ia bertujuan untuk melihat sendiri infrastruktur sekolah luar bandar kerana kadang kala apa yang diperolehinya daripada pangkalan data kementerian adalah berbeza dengan keadaan sebenar.

"Kami melihat ada beberapa kelemahan, contohnya, keadaan kuarters guru, kelas dan sistem bekalan air.

"Sesetengah sekolah perlukan lebih banyak kuarters guru manakala kuarters sedia ada berada dalam keadaan daif, tetapi maklumat ini tidak terdapat dalam pangkalan data kami," katanya.

15 ulasan:

  1. Kementerian pelajaran patut memastikan bahawa bagunan sekolah dan kuarters/asmara guru dan pelajar dalam keadaan yang baik. Masalah elektrik juga salah satu isu yang perlu diselesaikan secepat mungkin.

    BalasPadam
  2. Tindakan yg pratikal. Kementerian turun sendiri utk melihat keadaan yg sebenar. jadi, tolong2 la usahakan smpi dpt apa2 yg patut.

    BalasPadam
  3. Kesian pada murid2 di kawasan luar bandar. Hal ini perlu dipandang serius. Segera lakukan sesuatu.

    BalasPadam
  4. jika bekalan elektrik sekolah2 dikawasan luar bandar di hadkan, ia akan byk memberi masalah kepada guru2 dan pelajar. tnpa bekalan elektrik, ia akan merumitkan kegiatan harian mereka.

    BalasPadam
  5. Utamakan pendidikan, kerana pendidikan adalah penting untuk perkembangan generasi akan datang.

    BalasPadam
  6. harap sekolah di kawasan luar bandar akan dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik 24 jam.

    BalasPadam
  7. perhatian yang diberikan pihak kementerian dalam pekara ini amat dihargai. sekiranya keperluan guru-guru dan pelajar luar bandar dapat dipenuhi, pasti dapat memudahkan kegiatan harian mereka.

    BalasPadam
  8. This matter should be taken seriously. It is important for the students to study in a comfortable environment. No electricity would put the students in a bad mood.

    BalasPadam
  9. Hopefully the electricity problem in those schools will be solved.

    BalasPadam
  10. Kerajaan pasti akan memikirkan bakalan 24jam ini. Ini memerlukan perancangan yang teliti. Sekarang pun kerajaan tengah memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan elektrik.

    BalasPadam
  11. jika mahu hasil yang terbaik, kerajaan juga perlu memberikan yang terbaik.

    BalasPadam
  12. tenaga elektrik amat penting dalam sesebuah sekolah kerana bagi memastikan pembelajaran berlaku dgn baik.

    BalasPadam
  13. Semoga sekolah di luar bandar juga akan dapat menikmati kemudahan elektrik 24 jam.

    BalasPadam
  14. Perkara ini harus diberi perhatian demi kebaikan semua pihak:)

    BalasPadam
  15. Keperluan asas seperti air dan elektrik sepatutnya ada dari mula lagi. Kerajaan perlu memastikan bahawa rakyat mendapatkan perkhidmatan air dan elektrik bukan saja di bandar tapi di tempat pedalaman.

    BalasPadam