Jumaat, Februari 25, 2011

DUA ORANG LELAKI WARGA FILIPINA DIBICARA ATAS DUA TUDUHAN ROMPAK BERKUMPULAN

Rompak: Dua lelaki dibicara 13-14 April ini

mecca bingo atempted robbery25th February, 2011 KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 13 dan 14 April untuk perbicaraan dua orang lelaki warga Filipina atas dua tuduhan rompak berkumpulan.

Kelmarin Azman Lajahati, 28, dan Rony Rody, 27, mengaku tidak bersalah di hadapan Timbalan Pendaftar Zulkifli Abllah atas kedua-dua pertuduhan itu.

Bagi petuduhan pertama, mereka telah merompak Musman Porin, 21, iaitu sebuah gitar, dua telefon bimbit, wang tunai RM7, kad ATMdan Mykad.

Kedua-dua mereka dikatakan menggunakan sebilah pisau semasa melakukan kesalahan itu pada 11 Februari, tahun ini di tepi jalan raya berhadapan dengan KK Times Square, di sini pada jam lebih kurang 1 pagi.

Kesalahan itu diperuntukan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan denda dan boleh juga dikenakan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka dikatakan telah merompak Chong Kim Kian, 21, iaitu telefon bimbitnya yang bernilai RM100.

Merek didakwa melakukan kesalahan itu di tempat yang sama pada jam 5 petang pada 14 Februari, tahun lepas. Kesalahan itu diperuntukkan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan denda dan boleh juga dikenakan sebatan.

Penolong Penguasa Polis, Sabrina Jinius, akan memanggil 13 orang saksi bagi pertuduhan pertama dan lapan orang saksi bagi pertuduhan kedua.

14 ulasan:

  1. Kalau didapati bersalah, hukuman berat perlu dijatuhkan ke atas mereka.

    BalasPadam
  2. Mereka memalukan diri dan negara mereka. Tolong jangan mencontohi perilaku mereka ini.

    BalasPadam
  3. perompak seperti mereka ni patut diberi hukuman berat.

    BalasPadam
  4. Mereka harus dijatuhkan hukuman jika didapati bersalah. Jangan biarkan mereka terlepas dan melakukan lebih banyak jenayah.

    BalasPadam
  5. tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mereka jika benar mereka bersalah.

    BalasPadam
  6. huhu, rompak telefon bimbit, gitar dengan RM7 dapatlah hadiah percuma 20 tahun dalam penjara. tidakkah sia2 hidup gara2 merompak barang yang tidak lah sukar untuk dimiliki dalam masa tidak sampai setahun.

    BalasPadam
  7. Iya villager..dapat 1 percuma 20 tahun penjara..siapa suruh mahu buat jenayah. Ingat boleh terlepas begitu saja..

    BalasPadam
  8. jatuhkan dulu hukuman kemudian hantar mereka balik ke negara asal. disamping itu pihak berkuasa perlu teruskan usaha mengesan dan menghantar balik semua PATI di negara ini ke negara asal mereka.

    BalasPadam
  9. These PATI will never stop bringing trouble to us. Because of them, the criminal rate in Sabah increase a lot.

    BalasPadam
  10. Make sure action will be taken against them. Let it be a heavy punishment so it will serve as a lesson to other PATI.

    BalasPadam
  11. All PATI criminals should be deport back right after they done with their punishment.

    BalasPadam
  12. Tidak juga ba mo dibenci warga Filipina tapi kalau sampai kacau hidup orang lain, siapalah yang tak marah bah..

    BalasPadam
  13. Apapun, jika mereka didapati bersalah maka hukuma setimpal patut dikenakan.

    BalasPadam
  14. Adui, menakutkan sungguh! Mesti kawasan KK Times Sq tu bahaya. Baik letakkan polis bergerak di situ.

    BalasPadam