Polis tahan enam suspek bunuh buruh warga asing
7th February, 2011 LAHAD DATU : Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita di sini pada Sabtu kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang pekerja buruh warga asing yang mayatnya ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Segama, dekat sini pada Jumaat lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ASP Osri Sarikol berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan pada pukul 4.30 petang di kawasan ladang sawit yang sama.
“Hasil siasatan lanjut kesemua suspek mengaku membunuh mangsa,”katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Dalam kejadian pada Jumaat lepas, mangsa Mustafa Asanal,20, dikatakan tidak balik ke rumah selepas keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi di ladang sawit berkenaan.
Mayatnya, bagaimanapun ditemui oleh penolong pengurus ladang tersebut yang kemudian bertindak membuat laporan polis.
Ketika ditemui, mayat mangsa dalam keadaan tertiarap dengan tangan berikat ke belakang.
“Siasatan kita mendapati mangsa dipercayai dipukul, diserang dan dicekik sehingga mati,”katanya.
Sehubungan itu, kata Osri lagi semua mereka yang juga warga asing kini ditahan untuk siasatan lanjut dalam kes pembunuhan yang bermotifkan dendam itu dan kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.
Harap pihak polis boleh mengurangkan kes jenayah seperti ini.
BalasPadamForeigners are the reason of the increase of crime rate in our country.
BalasPadamI hope one day we will not depend on foreigners to work for us.
BalasPadamkes pembunuhan yang melibatkn warga asing mmg sering terjadi.
BalasPadamjenayah seperti ini amat kejam dan menakutkan. harap usaha untuk mengurangkan jenayah dapat dilakukan dengan berkesan.
BalasPadamJika disabit kesalahan, maka hukuman haruslah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
BalasPadamjenayah boleh dikurangkan jika kerajaan dapat mengurangkan jumlah pendatang asing dan pendatang haram di negara ini.
BalasPadam