Ahad, Januari 09, 2011

HARGA SECAWAN TEH ATAU KOPI AKAN DINAIKKAN ANTARA 10 HINGGA 30 SEN MULAI 15 JAN INI ?

Harga Minuman Kopi Dan Teh Naik Di Sibu Mulai 15 Jan Ini

SIBU, 8 Jan (Bernama) -- Harga secawan teh atau kopi di bandaraya Sibu, Kanowit, Selangau dan Machan akan dinaikkan antara 10 hingga 30 sen mulai 15 Jan ini, menurut Persatuan Pemilik Kedai Kopi dan Restoran Sibu hari ini.

Persatuan tersebut, yang mempunyai 360 ahli dari empat kawasan itu, telah memutuskan untuk mengurangkan kenaikan harga dari 10 hingga 50 sen pada awal tahun ini kepada 10 hingga 30 sen.

Pengerusinya Tong Ink Kon berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sibu.

"Gula bukan semestinya ramuan utama tetapi kenaikan harga susu dan produk susu juga dipertimbangkan. Harga barangan itu telah naik dengan ketara sejak beberapa tahun lepas," katanya kepada pemberita di sini.

Tong berkata persatuan itu tidak mengemaskini harga minuman itu sejak lima tahun lepas walaupun semua bahan ramuan untuk membuat kopi dan teh sentiasa naik.

"Juga faktor lain seperti sewa kedai, gaji, gas dan tarif elektrik telah naik dan ini meningkatkan kos operasi kami," jelasnya.

Katanya mulai 15 Jan ini, harga secawan kopi dan teh naik 10 sen, 20 sen untuk gelas sederhana dan 30 sen untuk gelas besar.

---

Harga bawang melambung, stok minyak masak kurang

Di KOTA KINABALU, minyak masak paket 1kg pada harga RM2.75 masih boleh diperoleh di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit, manakala harga bawang merah import pula berbeza dari satu kedai ke kedai lain, kebanyakannya dijual antara RM14 hingga RM17 sekilogram sejak sebulan lalu, berbanding antara RM3 hingga RM5 sekilogram sebelum ini.

21 ulasan:

  1. kos terus meningkat tapi tingkat pendapatan masih tidak berubah. jika kerajaan tidak menggerakkan gaji semua rakyat Malaysia keparas yang lebih baik, pasti jumlah rakyat miskin di negara ini bertambah terutamanya di Sabah dan Sarawak.

    BalasPadam
  2. This price hike for tea or coffee does not seem reasonable to me.

    BalasPadam
  3. kerajaan wajar menubuhkan pasaraya di semua daerah khas untuk menjual barang2 keperluan harian atau barang kawalan bagi mengelakkan orang tengah atau pemborong mengambil kesempatan menaikkan harga barang tersebut kepada orang ramai.

    BalasPadam
  4. nampaknya pengguna perlu berbelanja dengan bijak dan perlu mengurangkan aktiviti minum di luar.

    BalasPadam
  5. setuju dengan cadangan villager, kerajaan wajar menubuhkan pasaraya di semua daerah, khas untuk menjual barang2 keperluan harian atau barang kawalan.

    BalasPadam
  6. semakin lama semmakin byk harga barangan yang naik. ini akan membebankan lagi rakyat. kerajaan kena ambil altenatif untuk mengawal harga barangan.

    BalasPadam
  7. The price hike will surely burden the people. Hopefully the government will try their best to find ways to help the people.

    BalasPadam
  8. People should also learn to save money.Buy only necessary things and eat less outside.

    BalasPadam
  9. harga minuman dah naik, kita kena mula berjimat, sebaiknya buatlah minuman sendiri.

    BalasPadam
  10. We must be more careful of our spending from now on.

    BalasPadam
  11. Ba nda payah lagi lah minum di luar. hehe

    BalasPadam
  12. Kita kenalah mengawal perbelanjaan dan berjimat cermat lah selalu:)

    BalasPadam
  13. Terpaksalah kita berbelanja secara bijak.

    BalasPadam
  14. Pemantauan harga dari semasa ke semasa harus dilakukan. Jika tidak, peniaga akan mengambil kesempatan ini untuk mengaut keuntungan. Kerugian akan dirasai oleh para pengguna dan keadaan ini dapat mengundang malapetaka.

    BalasPadam
  15. Tindakan harus diambil dengan segera...

    BalasPadam
  16. Tidak hairanlah itu kalau harga naik. Harga utama naik mesti yang bawahan juga naik nanti.

    BalasPadam
  17. Harap tiada peniaga yang mengambil kesempatan untuk meletakkan harga yang tidak munasabah.

    BalasPadam
  18. There is no other choice but to spend carefully.

    BalasPadam
  19. Kalau kita boleh terima kenaikan harga barangan sejajar dengan peredaran masa, kenapa pihak majikan masih membayar gaji basic seorang pekerja dengan RM1800 pada tahun 2000, dan masih RM1800 pada tahun 2010?

    BalasPadam
  20. Harap harga teh dan kopi tidak akan terus naik kerana ini akan membebankan para pengguna.

    BalasPadam
  21. Disebabkan kenaikan harga minyak menjadikan semua harga barang naik.

    BalasPadam