Selasa, Januari 18, 2011

CADANGAN Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk mengadakan program latihan atlet dengan kos RM3 juta di Kompleks Sukan Ranau, Sabah ditolak Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Ranau tidak sesuai

Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk mengadakan program latihan atlet dengan kos RM3 juta di Kompleks Sukan Ranau, Sabah ditolak Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Ketua Pengarah, Datuk Zolkples Embong berkata, tempat latihan dikemukakan badan induk sukan olahraga itu tidak sesuai kerana daripada segi geografi, Ranau bukan kawasan tanah tinggi yang sesuai untuk latihan atlet acara trek.

“Kami tidak mahu bazirkan peruntukan kerajaan untuk program yang tidak memberi kesan kepada pembangunan semua atlet,” katanya mengulas perkembangan cadangan KOAM untuk mengadakan program latihan di luar Kuala Lumpur bagi persiapan menghadapi Sukan Sea di Indonesia.

Beliau berkata, atlet olahraga perlukan pertandingan berbentuk kompetitif dan bukannya menjalani latihan di luar Kuala Lumpur.

Zolkples berkata, MSN akan berhati-hati menyalurkan peruntukan kewangan kepada KOAM selepas badan olahraga itu didapati beberapa kali menggunakan peruntukan tidak mengikut cadangan MSN.

“Tahun lalu MSN menyalurkan peruntukan besar kepada KOAM bagi program pembangunan atlet tapi digunakan untuk menghantar atletnya bertanding di luar negara,” katanya.

Katanya, MSN menyalurkan peruntukan khas kepada KOAM untuk membeli peralatan bantuan sukan namun mereka tidak membuat pembelian itu dan wang tidak dikembalikan kepada MSN.

“Saya kecewa dengan kenyataan KOAM mendesak atlet yang masih belajar menyertai program sedangkan ada di antara mereka perlu menghabiskan pengajian tahun ini selepas tujuh tahun menangguh pengajian.

“Tahun ini atlet tidak ada banyak kejohanan penting dan inilah masa mereka menghabiskan baki pengajian di institut pengajian tinggi sebelum kembali sibuk dengan kejohanan sukan tahun depan,” katanya.

Tahun depan atlet negara perlu memberi sepenuh perhatian kepada persiapan menghadapi temasya Sukan Olimpik London, katanya.

----

MAAU To Send 72 Athletes For High Altitude Training Stint In Ranau

KUALA LUMPUR, Jan 13 (Bernama) -- The Malaysian Amateur Athletics Union (MAAU) plans to send 72 national athletes, identified for the 2011 SEA Games, for a high altitude training stint in Ranau, Sabah starting next month.

MAAU deputy president Karim Ibrahim said the first of a four-phase training camp to prepare athletes for the SEA Games would comprise 50 elite athletes and those from the back up squad.

"The training in Ranau will be divided into four phases and each phase will be for a duration of between two to three months, depending on the requirement.

"The training will be followed by competitions to test the performance of the athletes under training," he told reporters after a periodisation workshop held at the National Sports Council and attended by 72 national coaches from all levels.

Karim said the first phase of training in Ranau would focus on long distance runners and walkers.

"The programmes in Ranau will be conducted by coaches Ithnin Mahadi, Istiaq Mubarak, Mohd Man Sahar and Harun Rasheed," he said.

Commenting on athletes who had claimed that training in Ranau would interrupt their academic schedule, Karim said their respective coaches would draft their programmes without clashing with their studies.

"But don't simply claim that going to Ranau will affect their studies but when the same athletes are recommended for overseas stints, they are willing to put their studies on hold," he said.

Karim said the programme aimed at producing favourable results in the SEA Games would however, depend on the financial approval from the National Sports Council, since the MAAU expect the cost to reach about RM3 million.

"MAAU had sent the proposal to NSC on Dec 10, 2010 and we are waiting for a favourable reply. If the NSC does not approve the budget, then the MAAU will have to look for an alternative option. But the NSC should not point fingers at us if the athletes don't perform well in Indonesia," he said.

"If we have been sending our athletes to train at high altitude places like Kunming, China in the past, why not train at our own high altitude place which will certainly save cost because it will be much cheaper."

-- BERNAMA

KOAM tergesa-gesa

15 ulasan:

  1. Harap KOAM akan mengunakkan peruntukan daripada MSN untuk kegunaan yang betul.

    BalasPadam
  2. peruntukan yang diberikan haruslah digunakan sebaiknya untuk meningkatkan prestasi atlet2 kita.

    BalasPadam
  3. kenapa tidak ambil tindakan terhadap KOAM setelah badan itu menyalah gunakan peruntukan yang diberikan? pihak yang bertanggungjawab itu sepatutnya dipecat supaya dimasa2 akan datang pihak MSN tidak ragu2 dalam menyalurkan peruntukkan kepada badan itu.

    BalasPadam
  4. Jika dilihat mengapa mahu mengadakan program latihan atlet di Ranau? Dengan keadaan geografi dan cuaca di situ, menyusahkan orang ramai saja. Lebih baik diadakan di sekitar Kota Kinabalu, lebih strategik.

    BalasPadam
  5. I don't think Ranau would be a suitable place for them to train.

    BalasPadam
  6. Semoga peruntukan yang disediakan digunakan sebaik mungkin.

    BalasPadam
  7. Soal tempat tu, saya harap perbincangan dapat dibuat dan pilih tempat yang betul2 strategik:)

    BalasPadam
  8. What's most important is to train better athletes. I hope the association will take better strategic measures.

    BalasPadam
  9. The budget RM3million is to expensive for doing the athlete training program in Ranau. Please review back this proposal. How come the budget can be RM3million. Give the explanation.

    BalasPadam
  10. Mungkin ranau tidak sesuai sebagai tempat latihan, kerana jauh..dan cuaca yang berlainan. Apa pun sila kaji semula apa kelebihan jika mereka membuat latihan dikawasan tersebut. Itu perlu diperjelaskan..

    BalasPadam
  11. Buatlah apa yang perlu.

    BalasPadam
  12. Harap program ini akan menghasilkan atlet yang berkualiti supaya boleh mewakili negara kita dalam pertandingan sukan.

    BalasPadam
  13. Mereka mempunyai pendapat masing2, tapi apapun itu mereka ingin melihat para atlet berjaya mengharumkan nama negara. Mana2 kesesuaian itu perlu di tanya kepada para atlet kerana ini melibatkan mereka.

    BalasPadam
  14. Tentukan dengan segera kerana jika dilambatkan, latihan mereka akan terganggu.

    BalasPadam
  15. lakukan lah apa yang patut, yang penting mutu sukan negara dapat dipertingkatkan lagi.

    BalasPadam