Jumaat, Ogos 20, 2010

GUNA MEDIA BARU DENGAN KREATIF UNTUK PROMOSI PELANCONGAN SABAH - MASIDI

Guna Media Baru Dengan Kreatif Untuk Promosi Pelancongan Sabah, Kata Masidi

KOTA KINABALU, 19 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun Khamis mengajak rakyat Sabah supaya lebih kreatif menggunakan media baru untuk mempromosi pelancongan negeri.

Beliau memberi contoh bagaimana beliau sendiri menggunakan akaun 'Facebook' untuk memuatkan gambar-gambar pemandangan atau aktiviti di Sabah, dengan harapan orang ramai yang melihatnya akan tertarik untuk datang ke Sabah.

Tagal Sungai Luanti Ranau Sabah

"Dalam zaman sekarang perlu ada kreativiti untuk mencari kaedah-kaedah lain untuk mempromosikan Sabah, perlu gunakan teknologi media baru untuk menjual Sabah kepada masyarakat dunia, untuk bawa mereka melawat Sabah," katanya selepas merasmikan pameran fotografi Sabah Arts and Photographic Society (Saps) yang diadakan sempena Hari Fotografi Sedunia, di sini Khamis.

Katanya pameran seperti hari ini merupakan satu medium untuk mempromosi pelancongan di Sabah, kerana seseorang itu mungkin akan mengambil keputusan untuk berkunjung ke tempat yang dirasakan cukup indah, menarik dan menawan, menerusi gambar-gambar yang ditampilkan di mana jua.

-----

Lohan Poring Rest House

-----

Mesilou Atamis Homestay

------

Slagon Homestay

14 ulasan:

  1. dengan bilangan pengguna lebih dari 250juta di seluruh dunia, facebook memang patut dimanfaatkan sebagai platform mempromosikan Sabah. melalui rangkaian sosial ini, rakyat boleh memainkan peranan membantu kerajaan dalam menggalakkan sektor pelancongan di Malaysia.

    BalasPadam
  2. rakyat sepatutnya tidak mempunyai masalah menyahut saranan Datuk Masidi ini kerana usaha mempromosikan Sabah melalui facebook tidak memerlukan banyak tenaga mahupun kos..

    BalasPadam
  3. ya.. kita harus gunakan media sebagai saluran untuk mempromosikan Sabah kepada dunia luar. byk jaringan rangkaian boleh digunakan seperti laman web sosial facebook, twitter, friendster dan lain2. menggunakan kaedah ini lebih mudah, murah dan pantas tanpa sempadan.

    BalasPadam
  4. idea yang sangat baik..media baru mempunyai rangkaian yang sangat luas dari seluruh dunia. penggunaan media baru dalam dalam mempromosikan Sabah pasti dapat menjadikan negeri ini lebih dikenali dengan kecantikannya.

    BalasPadam
  5. Ya, ekonomi Sabah bergantung juga pada industri pelancongan. Dengan promosi yang baik, kita boleh menarik lebih banyak pelancong ke negeri kita.

    BalasPadam
  6. ini satu kaedah yang berkesan dalam mempromosikan sabah ke seluruh dunia. dgn ini ia akan menarik lebih ramai pelancong dtg ke Sabah.

    BalasPadam
  7. langkah ini amat bijak dan sesuai untuk dilaksanakan. ia bukan saja menjimatkan malah mempunyai rangkaian yang luas dari seluruh dunia. langkah ini pasti dapat menjadikan Sabah lebih dikenali.

    BalasPadam
  8. Less exposure on potential tourism sites in Sabah have harden the way. But I don't think the problem will still be a problem if locals are aware on how to make it in a very creative way.

    BalasPadam
  9. I like the idea of using FB as a mean to promote Sabah. With the many users of FB, this idea could actually attract users to visit Sabah without the need to spend a single cent on promoting.

    BalasPadam
  10. Sesiapa yang hendak add Datuk Masidi di FB, inilah linknya:
    http://www.facebook.com/profile.php?id=100000081294134#!/profile.php?id=1146547268&ref=ts

    BalasPadam
  11. Banyak anak muda yang menggunakan blog sebagai perantaraan dalam mempromosikan keunikan Sabah. Jadi saya fikir, ini bukan lagi satu halangan bagi orang di luar sana untuk mengetahui lebih lanjut.

    BalasPadam
  12. There are a lot of ways to promote Sabah such as writing for columns in newspapers, magazines, blogs, social networking (MySpace, Facebook, Hi-5, etc) and social networking microblogging (Twitter, Facebook, Buzz, etc). Besides, we want to attract more tourist to come to Sabah. ;)

    BalasPadam
  13. satu cadangan yang bagus untuk memudahkan memperkenalan apa yang ada dinegara kita ini. Dengan adanya rakyat menggunakan media, ini dapat menjimatkan kos. tidak kira, Facebook, friendstar, tagged dan banyak lagi cara. Ini boleh menarik minat pelancong untuk mengenali lebih lagi berbanding dalam gambar.

    BalasPadam
  14. Sebenarnya, ada banyak tarikan pelancongan yang menarik dan unik di negeri kita. Kita perlulah banyakkan mempromosi tarikan pelancongan kita untuk menarik perhatian pelancong.

    BalasPadam