Isnin, Julai 12, 2010

PEMIMPIN JANGAN “SYOK SENDIRI” NANTI KALAH

Pemimpin jangan 'syok sendiri'

"UMNO jangan syok sendiri. Misalnya kita sebagai ketua cawangan bukan saja jaga orang kita tetapi juga kena jaga orang luar, rakyat jelata. Kita kena tunaikan janji kita kepada rakyat.

"Saya ingatkan diri saya dan tuan-tuan, kita mesti selami dan rasa denyut nadi rakyat,"

UMNO juga mesti berani melakukan perubahan supaya dapat memenuhi cita rasa dan kehendak rakyat agar terus kekal mendapat sokongan rakyat.

"UMNO jangan jadi seperti LDP (Parti Demokratik Liberal) di Jepun yang kalah kerana sikap pemimpin mereka yang berpuak-puak dan syok sendiri,"

"Saya berharap pemimpin UMNO tidak berlaga kepala sesama sendiri. Kalau kita berlaga dan tidak bersatu padu, orang lain akan ambil kesempatan ke atas kita.

"Kita mesti berubah. Saya yakin parti kita masih dapat sokongan rakyat.,"

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

12 ulasan:

  1. memang benar seperti yang dikatakan, namun PM masih perlu memastikan setiap jenteranya menjalankan tanggungjawab dengan baik dan mengambil tindakan terhadap mana2 yang menimbulkan masalah atau melakukan perkara yang bertentangan dengan kepentingan rakyat.

    BalasPadam
  2. Pemimpin yang SS tidak akan disegani orang ramai. Pemimpin harus bertanggungjawab menjalankan tugas mereka sebagai pemimpin dan selalu mengutamakan kepentingan rakyat.

    BalasPadam
  3. Tanggungjawab yang dijalankan oleh seorang pemimpin adalah sangat penting dan semua rakyat mengharapkannya.

    BalasPadam
  4. betul apa yang dikatakan oleh PM. jangan syok sendiri. paling penting mesti tunaikan janji kepada rakyat. lakukan perubahan agar rakyat terus menyokong UMNO..

    BalasPadam
  5. pemimpin kenalah menjalankan tanggungjawabnya dgn baik dan peka terhadap keadaan rakyat, pemimpin yang pentingkan diri tidak akan disukai rakyat.

    BalasPadam
  6. pemimpin jangan terlalu yakin dan syok sendiri. jangan fikir kita menjaga 1 orang saja. itu adalah salah. sebenarnya 1 malaysia kita jaga untuk nama baik BN bukan kawasan yang dimenangi. oleh itu, pemimpin haruslah lebih bertanggungjawab dan tepati janji kepada rakyat.

    BalasPadam
  7. sebagai pemimpin, tanggungjawab adalah sangat besar. jadi jalankan dengan ikhlas, adil dan saksama untuk rakyat.

    BalasPadam
  8. When you hold that position, it is not about how great you are but it is all about how do you handle your people and take good care of your responsibility.

    BalasPadam
  9. Of course. Why have to be so big headed and yet you're falling?

    BalasPadam
  10. Betul kata Najib itu.Syok sendiri bawa bahana!

    BalasPadam
  11. Memang betul. Jangan syok sendiri dengan pendapat-pendapat yang sukar diterima rakyat.

    BalasPadam
  12. Betul tu, jangan terlalu yakin akan menang.

    BalasPadam