Rabu, Jun 23, 2010

SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH MUNGKIN GANTI PEPERIKSAAN AWAM - MUHYIDDIN

Dewan Rakyat: Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Mungkin Ganti Peperiksaan Awam - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Sistem pentaksiran berasaskan sekolah mungkin akan digunakan untuk menggantikan sistem peperiksaan awam di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata menerusi sistem itu, Lembaga Peperiksaan akan menentukan bentuk soalan yang boleh dinilai oleh guru dan kemudian akan diukur pencapaiannya.

 "Kita gantikan sistem peperiksaan awam kepada satu sistem pentaksiran berasaskan sekolah, ini belum dimaklumkan tetapi sudah dikaji dan didapati mungkin sesuai kerana ia diamalkan di banyak negara.

image"Mungkin ia tidak banyak beza berbanding negara lain, pokoknya ia tidak menjejaskan soal pembelajaran iaitu cara guru mengajar dan murid belajar adalah sama, tetapi bagaimana kita hendak nilai, sama ada peperiksaan awam atau sistem penilaian," katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat di sini Rabu.

Beliau berkata kerajaan juga tidak tergesa-gesa dalam melaksanakan sesuatu dasar seperti cadangan kemungkinan supaya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.

"Banyak pakar kata sepatutnya dah lama buat, tetapi kenapa kita buat sekarang, kita dah lama buat kajian iaitu sejak 2007 lagi kementerian ada pasukan yang meneliti isu yang berbangkit," katanya.

Beliau berkata langkah mengurangkan peperiksaan awam ini dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam aspek perbelanjaan mengurus, penggunaan sumber manusia dan mengurang beban tugas guru untuk mengendalikan proses peperiksaan.

Mengenai rombakan sistem pendidikan Teknik, Vokasional dan Kemahiran untuk dijadikan pendidikan arus perdana, Muhyiddin berkata kerajaan akan menambah bilangan sekolah vokasional dengan bentuk kurikulum yang baru serta latihan yang jauh berbeza daripada apa yang ada sekarang khususnya berkaitan dengan bidang yang mempunyai hubung kait dengan negara pada masa kini.

"Saya sendiri pengerusikan mesyuarat di peringkat kementerian untuk meneliti semua perkara berkenaan rombakan besar kepada pendidikan vokasional, kurikulum, infrastruktur, kemudahan dan latihannya akan diumumkan untuk pengetahuan ahli Yang Berhormat dalam masa terdekat," katanya.

Berkenaan program Permata Negara yang akan diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran, Muhyiddin berkata pada masa ini, kementerian sedang melaksanakan pelbagai persiapan rapi khususnya daripada segi pengurusan dan pentadbiran program tersebut.

Muhyiddin berkata pada masa ini, kementerian sudah berada di peringkat akhir melaksanakan auditan ke atas semua sekolah dan seterusnya akan menetapkan keutamaan berdasarkan kepada keperluan sesebuah sekolah.

"Dalam konteks ini, sekolah yang benar-benar memerlukan peruntukan akan diberi keutamaan dan pertimbangan yang sewajarnya. Soal lokasi atau jenis sekolah tidak timbul, semua sekolah akan diberi perhatian khusus supaya persekitaran dan pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan," katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, dalam menentukan senarai projek-projek pembangunan dalam RMK-10, laporan audit tersebut akan diguna pakai sepenuhnya di mana penetapan pembinaan sekolah baru atau penambahbaikan berdasarkan kepada keperluan, bukan berasaskan desakan mana-mana pihak.

"Selain itu, saya juga telah mengarahkan kepada kementerian supaya membuat penilaian yang telus dalam pemberian bantuan kepada murid yang benar-benar layak menerimanya.

"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak khusus di bawah kementerian saya yang tidak amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata secara keseluruhannya, sebanyak RM26.093 bilion telah diperuntukkan kepada kementerian dengan jumlah 15,324 projek termasuk tambahan 808 projek di bawah Pakej Ransangan Ekonomi.

"Sehingga 15 Jun lepas, sebanyak 8,870 projek telah berjaya disiapkan, 5,312 projek masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan manakala 942 projek akan bersambung ke RMK-10," katanya.

Bagi prestasi perbelanjaan pula, Muhyiddin berkata sehingga 31 Mei lepas, kementerian telah membelanjakan sebanyak RM16.668 bilion iaitu 85.12 peratus daripada keseluruhan siling yang ditetapkan, dan dijangka akan dapat membelanjakan keseluruhan peruntukan tersebut menjelang akhir tahun ini.

---

Mansuh UPSR, PMR: MCA Nyata Pendirian Minggu Depan - Soi Lek

23 ulasan:

  1. mungkin sudah tiba masanya untuk kita menerima transformasi pendidikan seiring dengan keperluan semasa negara mahupun secara global. walau apapun cadangan, dasar, program yang dibuat oleh kerajaan untuk mempertingkatkan mutu pendidikan negara, diharapkan ianya mampu mencapai matlamat..

    BalasPadam
  2. Ini mungkin boleh dipertimbangkan kerana sistem pentaksiran berasaskan sekolah mungkin akan digunakan untuk menggantikan sistem peperiksaan awam di negara ini.

    BalasPadam
  3. Sistem pentaksiran berasaskan sekolah mampu mengurangkan bebanan guru dan menjimatkan kos perbelanjaan kerjaan.

    BalasPadam
  4. Fikir baik baik dulu, perkara seperti ini tidak boleh dilakukan secara terburu-buru.

    BalasPadam
  5. Serious consideration is needed before anything can be implemented.

    BalasPadam
  6. can't wait for the new system implementation soon

    BalasPadam
  7. Perhaps abolishing examinations will allow a student to study for the sake of learning rather than study for the sake of examination. It makes no sense if you excel in your examinations but you don't really know what you're learning.

    BalasPadam
  8. Sistem pentaksiran ini mungkin boleh laku, tapi apa-apa pun, diharapkan pemantauan yang menyeluruh boleh dijalankan dahulu.

    BalasPadam
  9. Agree with villager. Maybe it's about time we try and accept the transformation in the education system. We'll never know the positive outcome of it till its implemented.

    BalasPadam
  10. Let us think about it first and hopefully a perfect solution can be found.

    BalasPadam
  11. pemansuhan sistem pendidikan upsr dan pmr ada kaitan dengan sikap para pelajar yang tidak boleh berfikir tetapi hanya boleh menghafal dan mengingat fakta. disebabkan masalah ni akhirnya negara kita telah create masalah spoon feeding sehingga ke peringkat universiti. semua graduate yang dihasilkan oleh ipta juga tidak creative dan mereka hanya boleh lakukan apa yang disuruh tetapi tidak boleh membuat keputusan sendiri

    BalasPadam
  12. memang baiklah jika sistem peperiksaan awam dilaksanakan ikut cara sekolah. setakat ini masing-masing jabatan kerajaan ada sistem peperiksaan sendiri 2-3 kali setahun dan tidak dipusatkan yang memakan kos tinggi. kalau cara sekolah, ia difokuskan kepada peringkat-peringkat yang perlu dipelajari dan setelah mereka mencapai tahap sepatutnya untuk maju, baharulah mereka boleh mengikuti peperiksaan.

    BalasPadam
  13. Saya harap kerajaan akan kaji sebaik mungkin hal ni sebelum buat keputusan muktamad. apapun saya mengalu-alukan transformasi yg bakal dilakukan oleh kerajaan :)

    BalasPadam
  14. Saya yakin kerajaan pasti ada sebab munasabah sehingga mengeluarkan cadangan ini. Jadi sama2 lah kita harapkan yang terbaik untuk sistem pendidikan negara kita.

    BalasPadam
  15. reformasi pendidikan perlu dibuat bagi memastikan sistem pendidikan kita bertambah baik.

    BalasPadam
  16. kerajaan kena melakukan tranformasi pada proses pembelajaran bagi memastikan bakat dan kemahiran pelajar dpt diasah, dngn ini ia akan dpt melahirkan pelajar yang berkemahiran.

    BalasPadam
  17. harap keputusan yang dibuat ini benar2 tepat dan dapat meningkatkan tahap pendidikan negara.

    BalasPadam
  18. sekiranya kajiaan sudah dilaksanakan begitu lama dan sistem peperiksaan awam digantikan kepada sistem pentafsiran, harap ini aan membawa kebaikan kepada para pelajar. kerajaan harus buat yang terbaik untuk pendidikan masa depan.

    BalasPadam
  19. harap dengan altenatif ini akan membantu murid untuk lebih menumpukan pelajaran. kerajaan akan buat yang terbaik untuk pendidikan sekolah.

    BalasPadam
  20. untuk mencapai status negara maju, kita haruslah maju dalam semua sektor yang dijadikan ukuran atau nilai status maju..diharapkan agar cadangan2 tersebut boleh meningkatkan kualiti pendidikan negara yang dikatakan jauh ketinggalan berbanding dengan negara2 maju..

    BalasPadam
  21. There should be some monitoring about this system before it can be officially implemented. I hope that the education ministry will do their upmost to bring more improvements to the education system.

    BalasPadam
  22. We must think if this kind of system is suitable for the local students.

    BalasPadam
  23. Better investigate more clearer before deciding everything.

    BalasPadam