Jumaat, Jun 11, 2010

PEKERJA DINASIHAT JANGAN PINJAM WANG BERTARUH PIALA DUNIA

Pekerja Dinasihat Jangan Pinjam Wang Bertaruh Piala Dunia

KUALA LUMUR, 11 Jun (Bernama) -- Golongan pekerja di negara ini dinasihatkan supaya tidak meminjam wang untuk bertaruh semasa Piala Dunia di Afrika Selatan yang bermula Jumat.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dam Cuepacs masing-masing mengingatkan anggota mereka supaya tidak menjadi mangsa Ah Long bagi mendapatkan wang untuk bertaruh.

Setiausaha Agung MTUC G Rajasegaran berkata bahawa sekiranya mereka terhutang dan tidak dapat membayar kepada Ah Long, kesannya amat buruk.

"Ini akhirnya akan menjejaskan produktiviti," katanya.

Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin berkata kesatuan itu tidak dapat membela mereka yang gagal hadir kerja kerana tidak cukup tidur akibat menonton perlawanan sehingga lewat malam.

"Mereka yang melakukan kesalahan ini akan dikenakan tindakan berdasarkan Perintah Am," katanya.

Ahmad Shah juga mengingatkan pekerja supaya tidak terpengaruh dengan lembar iklan mengenai apa yang disebut sebagai "pinjaman mudah" yang diedar di beberapa jabatan.

----

Pasukan Khas Ditubuh Pantau Bookie Semasa Piala Dunia

Polis Awasi Tempat Tumpuan Penonton Bola Piala Dunia

15 ulasan:

  1. bertaruh semasa piala dunia hanyalah perbuatan yang merugikan sahaja. jika kita meminjam wang daripada along semata kerana bertaruh.. ia hanya akan menyusahkan kita sahaja. so.. janganlah bertaruh..

    BalasPadam
  2. i will never do it and i will stay away from such activities.

    BalasPadam
  3. if you hate ah long, so do not ever support their services...do not lend from them and avoid the worldcup gambling..

    BalasPadam
  4. jangan terpedaya dengan iklan2 pinjaman wang lebih2 lagi pada musim Piala Dunia..

    BalasPadam
  5. betul kata Datuk Najib..janganlah pinjam duit pertaruhan piala dunia ini. ini akan mengundang keburukan kepada pekerja itu nanti. fikir dulu sebelum membuat sesuatu.

    BalasPadam
  6. pekerja2 diminta untuk berfikir dulu apa akibat kalau tidak dapat bayar wang yang dipinjam. macam2 boleh berlaku. oleh itu, nabil raja lawak cakap..LU FIKIRLAH..

    BalasPadam
  7. ya.. kena fikir dulu sebelum nak meminjam wang deng ah long. lebih2 lagi jika untuk wat pertaruhan.. sedangkan orang pinjam wang tuk beli kereta pun susah2 mau bayar.. ni kan pla untuk wat pertaruhan.. kalah bertaruh, habis duit, mcm mana mau byr hutang.. kena kerjakan oleh ah long lah klu gitu..

    BalasPadam
  8. itula tu..nanti pertaruhan xdapat apa2..kepala sendiri jadi bayaran pula..bahaya juga tu. sengsara ooo..

    BalasPadam
  9. sebaiknya janganlah kita terlibat dalam pertaruhan judi ini. ia hanya merugikan sahaja. belum pernah ada orang yang menjadi kaya raya kerana judi.

    BalasPadam
  10. itu betul kata alai tu..kaya pun sekejap ja kali..tapi miskinnya dan sengsaranya seumur hidup oo..jadi renung2kanlah dan firik2kanlah..

    BalasPadam
  11. Fikir dua kali sebelum membuat keputusan untuk buat pinjaman just for World Cup betting. Nanti sia-sia dan menyesal dan menangis darah pun tidak guna suda..

    BalasPadam
  12. sedih dengan sikap kaki judi bola yang berjudi sampai lupa ada anak bini yang perlu diberi makan. kalau beginilah sikap orang-orang di malaysia...negara sudah kerugian besar kerana memberi pekerjaan kepada mereka yang kaki judi ini...

    BalasPadam
  13. bagi yang tidak pernah berjudi, janganlah cuba-cuba.

    BalasPadam
  14. Hope that they will heed this advice. Especially don't borrow from Ah Longs.

    BalasPadam
  15. Betul tu, berjudi itu dah tak bagus, hutang berkeliling lagi jangan.

    BalasPadam