Sabtu, Jun 26, 2010

LESEN JUDI SUKAN TIDAK AKAN DIKELUARKAN - NAJIB

Kerajaan Putuskan Tidak Keluar Lesen Pertaruhan Sukan, Kata PM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kerajaan mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascott Sports Sdn Bhd.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang jelas menunjukkan bahawa sebahagian besarnya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan.

Najib yang juga Presiden Umno berkata keputusan itu dipersetujui dengan sebulat suara oleh anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat di sini pada Jumaat malam.

"Sejak keputusan kelulusan pada dasarnya telah dibuat dan tinjauan telah dibuat, walaupun ada pihak yang menyokong dan ada pihak tidak menyokong atau menentang, maka setelah mengambil kira semua pandangan ini, jelas kepada kerajaan bahawa sebilangan besar masyarakat tidak bersetuju lesen tersebut diberikan kepada Ascott Sports.

"Oleh itu, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen tersebut tidak akan dikeluarkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Najib berkata lesen berkenaan telah bermula pada 1989 tetapi syarikat tersebut telah menyerahkan semula kepada kerajaan pada 1990 kerana mengalami kerugian besar.

Sejak tarikh itu syarikat berkenaan telah mencuba beberapa kali untuk memperbaharui lesen dan baru-baru ini kerajaan telah memberikan kelulusan secara dasarnya berasaskan kepada syarat-syarat tertentu untuk dipenuhi, katanya.

Najib berkata adalah menjadi hasrat kerajaan selama ini untuk mengawal pertaruhan sukan haram yang dikatakan melebihi RM10 bilion di samping menyumbang kepada kegiatan jenayah yang lain dan ancaman sosial dalam negara.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata kerajaan juga mengambil keputusan bahawa orang Islam tidak dibenarkan sama sekali terlibat dengan kegiatan pertaruhan sukan sama ada membeli, bekerja atau menjadi lembaga pengarah dalam syarikat pertaruhan.

"Syarat ini adalah sesuatu yang begitu tegas yang ditentukan oleh kerajaan," katanya.

Ditanya sama ada keputusan itu dipersetujui oleh parti komponen Barisan Nasional (BN), beliau berkata kesemua mereka menerima keputusan itu demi kepentingan masyarakat secara keseluruhannya.

Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa Ascott tidak akan dibayar ganti rugi memandangkan Kementerian Kewangan berhak menarik balik sebarang lesen judi yang dikeluarkan.

Beliau berkata Ascott telah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan mereka memahaminya.

15 ulasan:

  1. Akhirnya isu ini diselesaikan mengikuti kehendak rakyat.

    BalasPadam
  2. nampaknya lesen judi bola tidak diluluskan. ini merupakan satu keputusan yang baik, nampaknya PM kita memang prihatin dengan suara rakyat.

    BalasPadam
  3. lesen judi bola memang dibantah oleh rakyat, akhirnya PM mengumunkan bahawa tiada lesen judi bola yang diluluskan, nampak suara rakyt didengari. bagaimanapun, kerajaan harus berusaha untuk membanteras kegiatan judi semasa piala dunia bola sepak berlangsung.

    BalasPadam
  4. nampaknya hal ini dah selesai, harap tak ada pihak cuba nak membangkitkan isu ini lagi.

    BalasPadam
  5. Thank goodness this issue is finally over!

    BalasPadam
  6. akhirnya kerajaan mengambil keputusan yang tepat dengan menyebelahi suara hati rakyat. sebagai sebuah negara demokrasi, inilah tindakan yang sepatutnya diambil sebelum membuat keputusan..

    BalasPadam
  7. I think Datuk made the right decision.

    BalasPadam
  8. datuk membuat satu keputusan yang mengembirakan semua pihak dan juga rakyat..

    BalasPadam
  9. The change of mind is because Najib received public backlash from those who are not supporting the sports betting license being approved..

    BalasPadam
  10. lesen judi sukan tidak dikeluarkan setelah mengambil kira semua perkara...satu keputusan yang bijak dari kerajaan...

    BalasPadam
  11. Now I hope everyone is happy. If you are still not satisfied, what else do you want? Now since this matter has wrapped up, lets focus on the next matter.

    BalasPadam
  12. suara rakyat yang menbantah untuk lesen judi didengar oleh pihak kerajaan terutama sekali PM kita Datuk Najib. begitu prihatin kerajaan dengan rakyat, kerajaan tidak membuat keputusan ikut suka hati jikalau rakyat membantah.

    BalasPadam
  13. diharapkan selepas ini, tiada lagi lesen judi dikeluarkan oleh kerajaan...judi hanya membawa keburukan kepada negara, bangsa dan agama...

    BalasPadam
  14. Diharapkan sesetengah pihak tidak akan terus membesarkan sesuatu perkara yang telah pun mendapat penyelesaian. Ada banyak lagi perkara yang kita masih menghadapi.

    BalasPadam
  15. This issue is technically finished, I just don't understand why some people refuses to let it go.

    BalasPadam