Selasa, Jun 22, 2010

“JIKA RASUAH MASIH MENJADI BUDAYA DI SINI, ADALAH SUKAR BAGI MEMBANTERAS KEGIATAN PENYELUDUPAN …” - MASIDI

Rasuah Cabaran Utama Tangani Jenayah Hidupan Liar

KOTA KINABALU, 22 Jun (Bernama) -- Rasuah merupakan cabaran utama dalam memerangi jenayah hidupan liar seperti pemburuan dan penyeludupan hidupan liar yang eksotik dari sini yang menunjukkan kurangnya kesedaran untuk melindungi haiwan-haiwan ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun berkata walaupun keadaannya tidak serius di Sabah tetapi terdapat beberapa kejadian di mana hidupan liar Borneo tiba-tiba direkodkan atau dirakamkan di negara lain, yang menunjukkan perbuatan khianat berlaku.

"Kami kata tidak serius tapi tiba-tiba kita lihat gambar-gambar dalam 'Youtube' atau dalam mana-mana online mengenai haiwan-haiwan Borneo yang kini duduk selesa di negara lain, sebagai contoh kucing hutan ... Bagi kami adalah mustahil kucing hutan ini dapat diseludup tanpa diketahui tapi satu hari kita nampak gambar di suratkhabar atau di 'Youtube' di satu tempat di luar Sabah.

"Ini bermakna sesetengah orang membuka pintu kepada orang-orang ini (penyeludup).. saya hanya boleh kata ia melibat kos tertentu kepada orang ini untuk membolehkan pintu dibuka, kerana tentu anda tidak membuka pintu tanpa sebab dan saya hanya boleh nampak rasuah sebagai sebab utama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pengenalan Spesies dan Peraturan Dagangan Hidupan Liar 'Heart of Borneo (HoB) di sini Selasa.

Oleh itu, beliau berkata walau seketat mana peraturan yang dikenakan, jika rasuah masih menjadi budaya di sini, adalah sukar bagi membanteras kegiatan penyeludupan binatang eksotik.

Masidi berkata walaupun jenayah berhubung hidupan liar tidak serius, beliau berharap masyarakat perlu bersama-sama membantu menangani masalah ini sebelum terlambat.

"Akhirnya, pelindung sebenar atau penguatkuasa adalah orang ramai sendiri, bukan setakat kerajaan sahaja.. Jika mereka rasa mereka perlu melindungi warisan hidupan liar, mereka mesti bertindak bagi memastikan tiada yang dibawa keluar (dari sini)," katanya.

Bagi menangani jenayah hidupan liar, beliau berkata kerajaan mengambil beberapa langkah seperti memastikan tiada pemburuan haram di kawasan larangan dan dengan itu menghapuskan kemungkinan penyeludupan hidupan liar eksotik.

"Kedua, saya fikir kita harus sentiasa meningkatkan kemahiran penguatkuasaan, bagaimana kita mengenali kaedah penyeludupan yang terbaru.

"Oleh kerana perkembangan sains dan teknologi ini, penyeludup nampaknya lebih pintar tapi dalam konotasi yang negatif, dimana mereka boleh melalui kastam dan imigresen barangkali dengan hanya membawa satu bagasi yang nampak polos, sebenarnya mempunyai atau berisi dengan barangan hendak diseludup," katanya.

Ketiga, mereka juga perlu memantau penggunaan khidmat kurier bagi penghantaran binatang-binatang ini, kata Masidi.

"Kita berdepan dengan pengeksport haiwan liar yang licik, kadang kala bukan mudah untuk mengesan mereka, mod pengangkutan juga canggih, dan hari ini anda boleh memiliki jet peribadi dan tiada siapa ambil peduli," katanya.

22 ulasan:

  1. satu usaha kerajaan yg amat baik dan memang wajar dilakukan lebih2 lagi pada masa kini dimana binatang2 eksotik semakin pupus. bukannya rasuah sukar dibanteras malahan permintaan dari pelanggan2 luar negara juga sukar dijejaki. jika permintaan tidak ada maka tiadalah penyeludupan. Kes ini amat berat untuk dipantau namun demikian diharap usaha kerajaan ini dpat sedikit sebanyak membanteras penyeludupan ini dan diharapkan orang ramai turut serta membantu demi menangani masalah ini.

    BalasPadam
  2. gejalah rasuah adalah satu faktor berlakunya penyeludupan haiwan. rasuah adalah perbuatan yang tidak amanah, ia harus dibanteras.

    BalasPadam
  3. perkara rasuah ini haruslah ditangani. ini antara jenayah yang terkenal. ini memerlukan kerjasama semua pihak apa lagi dalam kes penyeludupan. kejujuran kunci untuk mengatasi kes rasuah ini.

    BalasPadam
  4. Semua berbalik pada diri sendiri.. Rasuah tidak akan pernah pupus selagi kita bergelar manusia dan tidak ada usaha untuk mengubah attitude itu...

    BalasPadam
  5. walaupun kes penyeludupan haiwan liar belum lagi serius, namun ia perlu dibendung lebih awal sebelum menjadi semakin serius. selain itu gejala rasuah juga perlu dibendung kerana ia merupakan satu jenayah yang amat besar.

    BalasPadam
  6. kes penyeludupan ini haruslah dipantau dari semasa ke semasa sebelum ianya menjadi berleluasa. pemantauan terhadap permintaan & rasuah hendaklah selari demi membanteras penyeludupan haiwan eksotik.

    BalasPadam
  7. Tia abis2x pasal rasuah..when will corruption ever end??

    BalasPadam
  8. Saya setuju dengan pendapat Datuk Masidi yang mana jangan letakkan tanggungjawab ini hanya pada kerajaan, tetapi orang awam juga perlu meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. SPRM perlu dipertanggungjawabkan supaya menjalankan aktiviti yang boleh mendidik orang ramai untuk menentang rasuah,. dan mendapatkan serta memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah.

    BalasPadam
  11. kes penyeludupan haiwan liar berkait rapat dgn gejalah rasuah, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani sindiket ini.

    BalasPadam
  12. saya harap ada tindakan susulan dalam masa terdekat ini..

    BalasPadam
  13. perkara ini harus ditangani secepatnya. apalagi kalau berkaitan dengan rasuah ini. jalankanlah tugas dengan jujur dan ikhlas..

    BalasPadam
  14. I think people will not stop doing corruoption. It's the hardest thing to do in the society. Well, under table money is one of the way a person get some tips.

    BalasPadam
  15. Corruption is the root of many other problems to come. However, getting rid of corruption is easier said than done.

    BalasPadam
  16. Jangan menjadikan rasuah sebagai budaya kita. Katakan tak nak.

    BalasPadam
  17. Rasuah dan penyeludupan suda selari dalam budaya dan hidup kita. Susah hendak dihapuskan jika tidak dibanteras dari awal.

    BalasPadam
  18. Say NO to Corruption and Smuggling. Let's protect our wildlife.~

    BalasPadam
  19. Corruption is like an addiction. So is smuggling. You ask for bribery from smugglers to gain more pocket money and you smuggle because you are greedy to make more money and live the lifestyle of the rich and famous. In the end of the day, once caught, you've destroy your lives and bring shame to the family.

    BalasPadam
  20. saya setuju dengan Datuk Masidi..gejala rasuah harus diperangi habis-habisan..keberlansungan hidup haiwan2 liar Borneo (Sabah) adalah tanggungjawab kita semua dan bukan hanya kepada satu2 pihak sahaja..kempen2 kesedaran harus digiatkan dengan lebih aktif untuk meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat, perlunya kita melindungi hidupan liar yang kian diancam kepupusan..

    BalasPadam
  21. As long as corruption exists, there are many crimes that could not be stopped.

    BalasPadam
  22. Before we can put a stop to smuggling, we must put a stop to corruption.

    BalasPadam