Polis Lumpuh Sindiket Tipu Guna SMS Berpangkalan Di Tawau
KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Polis melumpuhkan satu sindiket penipuan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang telah memperdaya 2,656 mangsa dengan kerugian kira-kira RM6.4 juta sejak tiga tahun lepas, hasil dua serbuan di Tawau, Sabah.
Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Koh Hong Sun berkata dalam serbuan yang dilakukan JSJK Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau itu 25 warga asing dan seorang wanita warga tempatan berumur antara 16 dan 41 tahun ditahan.
"Kumpulan itu menawarkan ganjaran lumayan kononnya memenangi cabutan bertuah dari syarikat besar seperti Maxis, Petronas dan Power Root telah diberkas dalam dua serbuan berasingan di dua buah rumah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Koh berkata modus operandi sindiket ialah menghantar SMS secara rawak kepada orang ramai dengan mengatakan penerima SMS itu akan memenangi hadiah anjuran syarikat besar tertentu.
Mangsa kemudian diminta memberi nombor akaun bank serta dikehendaki memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun tersebut dengan alasan memudahkan urusan penghantaran hadiah, katanya.
Namun setelah wang dimasukkan nombor telefon suspek sudah tidak boleh dihubungi, katanya.
Beliau seterusnya mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan seperti itu.
"...mana ada orang yang sanggup beri duit yang banyak sebegitu mudah. Peraduan yang menawarkan hadiah melalui SMS itu semuanya tipu," katanya.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak melebihi RM 150,000 atau kedua-duanya sekali.
inilah dunia sekarang, macam2 teknik penipuan dilakukan oleh para penipun ini. kita janganlah mudah terpedaya dengan penipuan seperti ini. laporkan kepada pihak berkuasa jika anda mendapat SMS yang berunsur penipuan.
BalasPadamkita janganlah muda terpengaruh dengan sindiket penipuan melalui SMS ini. kerjasama perlu ada dari semua pihak dalam membanteras sindiket ini.
BalasPadamsindiket penipuan menggunakan pelbagai cara untuk menipu duit kita...jika sms seperti ini dihantar pada kita, harus laporkan kepada pihak berkuasa...penipuan seperti ini semakin menjadi2..
BalasPadamsaya rasa semua pengguna telefon bimbit pasti selalu menerima sms yang menawarkan peraduan-peraduan menarik seperti petronas, akademi fantasia dsb. kalau terpedaya...alamat bernasib buruklah orang itu. dan kalau bukan cara sms, mereka guna email. saya pernah dapat email tentang security bank saya lemah dan saya kena ikut langkah-langkah dalam email palsu...kalau terpedaya..banyak juga duit melayang!
BalasPadammasalah sms penipu ni semakin menjadi-jadi sekarang di mana-mana pun. dan kena hati-hati
BalasPadamEven though this kind of news are published all the time, but people still falls for it. There is no free lunch in this world.
BalasPadamIf it weren't for greed, then people will not easily fall for these kind of scams. Please judge these with some common sense.
BalasPadamPeople need to plant their feet firmly on the ground, don't go chasing after easy money.
BalasPadamMemang pun tak mungkin ada benda yang begitu bagus dalam dunia ini. Jika ada pun kita kena berhati-hati dengannya. Jangan terlalu mudah mempercayai sesuatu.
BalasPadamTaktik sama yang pernah dipaparkan dalam berita tapi masih berjaya menipu orang lain. Salah siapa?
BalasPadam