Sabah, Sarawak Bergabung Dengan Malaya Untuk Membentuk Malaysia - Dompok
PENAMPANG, 22 Mei (Bernama) -- Sabah dan Sarawak tidak boleh dilihat dalam konteks yang sama dengan negeri-negeri di Semenanjung kerana kedua-dua negeri itu bergabung dengan Malaya untuk membentuk Malaysia, kata Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok.
"Berasaskan tujuan tertentu, bapa-bapa pengasas pada ketika itu telah membayangkan satu situasi untuk Sabah dan Sarawak serta Persekutuan Tanah Melayu membentuk sebuah negara bernama Malaysia.
"Saya rasa semangat perjanjian itu dicerminkan hari ini menerusi pentadbiran kerajaan Sabah dan Sarawak yang mempunyai kabinet masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Kaamatan Kampung Madsiang, di sini.
Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi diminta mengulas isu yang dibangkitkan pensyarah Universiti Utara Malaysia Prof Dr Ranjit Singh semasa seminar mengenai polisi awam di sini pada Khamis lepas.
Pensyarah di Kolej Perundangan, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa itu dalam kertas kerjanya bertajuk "Politik dan Polisi Sabah dan Hubungan Persekutuan-Negeri 1963-1995", berkata Sabah dan Sarawak tidak boleh mendakwa Malaysia adalah perkongsian sama rata di antara tiga anggota.
Dompok berkata apabila Sabah dan Sarawak menyertai pembentukan Malaysia, peruntukan tertentu telah dibuat bagi memastikan hak kedua-dua negeri Borneo itu terpelihara dan terjaga, termasuk sistem pentadbiran dan kuasa ke atas isu-isu berkaitan imigresen.
Sementara itu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata faktor sejarah telah memberi asas kepada Sabah untuk menikmati kuasa autonomi tertentu berbanding negeri-negeri di Semenanjung.
"Dr Ranjit mengeluarkan pandangan daripada segi akademik," katanya.
"Cabaran di sini bukan saja untuk memahami keunikan di Semenanjung Malaysia tetapi juga untuk masyarakat Semenanjung termasuk pembuat-pembuat keputusan memahami sistem kita (Sabah dan Sarawak)," katanya.
Dengan kata lain kata Masidi, tidak wujud satu polisi yang boleh digunapakai oleh semua.
"Polisi mesti dibuat mengikut keperluan di Sabah dan Sarawak," katanya.
-----
Ranjit Singh is out of context
Dr. Hiew urges him to be cautious in making comment on the Sabah matters, especially not to hurt the feeling of the Sabahan.
wajarlah apa yang dinyatakan dalam artikel ini diperhalusi kerana saya setuju hak sabah dan sarawak tidak boleh dinafikan. jika benar pentadbiran di sabah dan sarawak harus mempunyai kuasa autonomi maka pentadbiran di kedua-dua negeri ini tidak boleh dicemari.
BalasPadamOf course la different....Don't say any words we already know la...
BalasPadamsabah dan sarawak berhak membuat keputusan sendiri dalam pentadbiran. cuma saya harap isu ini janganlah dipolitikkan supaya hubungan baik dan harmoni antara SM dan kedua-dua buah negeri tetap terjalin. hormat-menghormati dan menangani isu 'status' ini dengan penuh kredibiliti dan tidak mengikut perasaan membuktikan ahli-ahli politik di sabah sudah matang, bijak dan disegani!
BalasPadamya betul..ahli politik sabah harus menangani semua isu ini dengan berfikir matang dan bijak serta tidak mengikut perasaan suapaya tidak mudah dipermain-mainkan dan disegani orang luar!
BalasPadambagi saya, pihak pentadbiran kerajaan negeri sabah dan sarawak jika mempunyai kuasa autonomi maka segala dasar dan polisi yang dibuat harus dilakukan dan diputuskan oleh kerajaan negeri dan bukannya kerajaan persekutuan...ini jelas dinyatakan oleh Bernard dan Masidi di mana polisi untuk sabah dan sarawak mesti dilakukan mengikut keperluan dan kesesuaian sabah dan sarawak...hak sabah dan sarawak adalah sama dengan malaya dalam persekutuan malaysia..selain itu, jika ini benar maka jawatan2 pentadbiran tertinggi di jabatan2 kerajaan seharusnya adalah rakyat sabah dan bukannya rakyat semenanjung...diharap kerajaan akan menilai semula perjanjian yang telah dilakukan dan polisi yang sesuai untuk sabah dilaksanakan. harus dipertimbangkan bahawa sabah dan sarawak mempunyai latar belakang, sejarah, kependudukan dan sebagainya yang berbeza dengan negeri2 di semenanjung/tanah melayu...
BalasPadamAgree, the needs of Sabahans and Sarawakians are vastly different from those in West Malaysia. The policies should be made accordingly.
BalasPadamperbezaan boleh dilihat semasa pembentukan malaysia dimana terdapat peruntukan2 perjanjian yang membolehkan hak2 rakyat sabah dan sarawak terus terpelihara.
BalasPadamdiharapkan, dengan melihat kepada perbezaan sabah dan sarawak ini, kerajaan tidak menggunakan polisi yang sama dengan negeri2 di SM dan mengkaji semula kesesuaian polisi dengan mengambilkira kepentingan dan keperluan sabah/sarawak.
BalasPadamThis is why we have the 20 point agreement, it is to makes sure that our people's rights are taken care of. I do hope the federal would honor the agreements.
BalasPadamWell, that's the use of 20-points safeguard. To protect the East Malaysian's rights from being abused. But alas, the Fed doesn't see it worth it to let us use that..
BalasPadamI sense something amiss in Dr Ranjit's comment but i will not touch to that..But than again,it is very, very obvious that the people of Sabah and Sarawak's needs is way too different than to the people of West Malaysia. The Feds can't just assume that all of EM's needs is the same with the WM's..
BalasPadamTailor made policies should be done for the East Malaysians to ensure the rights and interests of the people here are well protected.
BalasPadamThe Sabah and Sarawak citizen have different needs than West Malaysians. Different approach should be used when dealing with different needs.
BalasPadamSabah should have more autonomy in it's ruling and operations.
BalasPadamOther than that, the 20 points agreement must be honored. There is a reason why the agreement was made.
BalasPadamSetuju dengan kenyataan ini, sememangnya segala yang yang hendak dilakukan mesti mengikut keperluan sabahan....Tidak boleh dilihat secara keseluruhan kerana terdapat pelbagai perbezaan yang harus di pertimbangkan.....
BalasPadamMestilah Sabah dan Sarawak tidak boleh disamakan dengan negeri semenanjung. Hak kita perlu dijaga!
BalasPadamNot only does East Malaysian should have equal treatment from the Federal Government, but the rights of our people should be fulfilled.
BalasPadam