Khamis, Mei 27, 2010

HARGA PETROL AKAN MENINGKAT 10 HINGGA 15 SEN SELITER PERTENGAHAN TAHUN INI ?

Pemansuhan Subsidi Berperingkat Tidak Bebankan Rakyat, Kata Idris Jala

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Makmal Rasionalisasi Subsidi mencadangkan supaya subsidi terhadap barang-barang kawalan seperti gula, tepung dan minyak masak dimansuhkan secara berperingkat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Beliau berkata pemansuhan itu disaran supaya dibuat secara berperingkat supaya perlaksanaanya tidak membebankan rakyat, dan menurutnya cadangan mengenai pemansuhan itu akan dibawa kepada kabinet tidak lama lagi untuk diperhalusi dan dibuat keputusan muktamad.

"Ia akan dibawa kepada kabinet tidak lama lagi, berserta dengan beberapa saranan, termasuk hasil maklum balas orang ramai hari ini berkenaan perkara tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini Khamis.

  • Makmal itu mencadangkan supaya subsidi tepung dimansuhkan kerana harganya dilihat akan meningkat kepada 20 sen satu kilogram menjelang hujung tahun ini, dan 25 sen pada tahun depan.

  • Harga gula pula meningkat 20 sen sekilogram setiap enam bulan sehingga 2012, dan harga minyak masak pula meningkat 15 peratus sekilogram menjelang hujung tahun ini, dan 15 peratus lagi tahun depan.

  • Makmal itu juga menjangka harga petrol meningkat 10 hingga 15 sen seliter pertengahan tahun ini, dan akan meningkat 10 sen setiap enam bulan sehingga 2012.

Mengulas mengenai tempoh masa yang dicadangkan untuk melaksanakan pemansuhan subsidi itu, Idris berkata masanya tidak ditetapkan kerana ia bergantung kepada jemaah menteri untuk mengkaji terlebih dahulu perkara tersebut.

"Tiada tempoh masa, kerana ia perlu dibentangkan di peringkat kabinet terlebih dahulu, dan jika kabinet kata perlu buat lebih banyak kajian, mengenai perkara ini, perkara itu, semakan sana dan sini... ia akan ambil masa," katanya.

13 ulasan:

  1. Pemansuhan subsidi untuk memperkukuhkan ekonomi negara adalah perlu bagi mengelakkan negara terus terbeban dengan tanggungan yang sepatutnya bermanfaat bagi tujuan lain, agar ekonomi negara terus kompetitif dan berdaya saing. selain itu ia dapat mengurangkan penyeludupan barang subsidi kita terutamanya petrol ke negara jiran yang mana harga petrol kita lebih murah berbanding petrol di negara mereka. Ini bermakna, Malaysia turut membiayai subsidi petrol rakyat negara jiran. Ini turut meningkatkan kos penguatkuasaan bagi melengkapkan keperluan logistik, membiayai kemudahan, penyelenggaraan serta pemantauan.

    BalasPadam
  2. Secara ringkasnya, saya menyokong pemansuhan subsidi jika ia dilaksanakan secara berperingkat, dan tersusun serta mengambil kira tahap kestabilan ekonomi rakyat dari segenap lapisan. Ini adalah kerana mungkin mereka yang membuat keputusan ini adalah orang kaya, jadi mereka tidak faham apa itu istilah 'kesempitan wang' bagi rakyat kebanyakkan termasuk juga pelajar. oleh itu, pihak2 yang berkenaan perlu mempertimbangkan terlebih dahulu agar ia benar2 tidak membebankan rakyat terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

    BalasPadam
  3. I think it might be a good thing, many times we faced shortage of certain goods like sugar or oil because people buy them in bulks and smuggle them out the country to sell at neighboring countries.

    BalasPadam
  4. This will make the people less dependent on the government.

    BalasPadam
  5. Ya may be this is the other way to ask our people rely on themselves, other than having a help by others...

    BalasPadam
  6. Kerajaan tologlah kami...kami bukannya kaya...gaji pun tak tambah! Kesian kita...

    BalasPadam
  7. rakyat kena berkorban kerana pemansuhan subsidi ini membantu negara dalam mengatasi defisit belanjawan. kalau berlaku defisit belanjawan bermaksud kerajaan akan berbelanja lebih dari pendapatan dan akhirnya membawa masalah hutang negara yang tidak boleh dibayar ikut masa tetap dan dihabiskan dalam masa singkat. jika defisit negara semakin meningkat, negara kita akan pasti huru hara...ramai yang dibuang kerja dan menganggur..lebih teruk lagi gaji tidak boleh naik tetapi harga barang naik!

    BalasPadam
  8. selepas ini jika harga subsidi tepung dan gula dimansuhkan, ramailah peniaga restoran dan kecil-kecilan menjual kuih, minuman dan makanan mahal-mahal. cuma pendapat saya, kalau mau jimat janganlah makan diluar dan berjimat-cermat jadi keutamaan.

    BalasPadam
  9. kalau minyak naik, rakyat kenalah berjimat cermat...jangan suka jalan-jalan kalau tidak penting dan tiada urusan

    BalasPadam
  10. Great. Sugar and oil price is hiking up. I don't know if this will help those who works from low to medium salary range. But if the Govt say, this can help, then I hope everything will worked out..

    BalasPadam
  11. Time for the people to save up and spend wisely..

    BalasPadam
  12. I'm sure the people will adapt anyhow.

    BalasPadam
  13. Negara lain kena ikut harga pasaran bila memenuhi tanki minyak juga, bukan? Kita dah bertuah sangat kerana menikmati subsidi minyak selama ini.

    BalasPadam