Khamis, Mac 04, 2010

"JIKA ANDA BERSALAH KITA SIASAT, TERMASUK AHLI POLITIK BARISAN NASIONAL. KITA TIDAK TERLIBAT DENGAN MANA-MANA PARTI POLITIK,"

Polis Tiada Konspirasi Dengan Parti Politik : Musa

image PULAU PINANG, 4 Mac (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis tidak pernah berkonspirasi dengan mana-mana parti politik dan akan menyiasat siapa saja jika ada laporan yang dikaitkan dengan mereka.

"Jika anda bersalah kita siasat, termasuk ahli politik Barisan Nasional. Kita tidak terlibat dengan mana-mana parti politik," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang mendakwa BN berkonspirasi dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan pemimpin pakatan pembangkang.

Musa juga menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis sekiranya menerima SMS lucah yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Laporkan terus dan jangan sebarkan kepada rakan-rakan, pihak polis juga telah menjalankan siasatan dan telah mengenal pasti individu yang terlibat, hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan terhadap mereka," katanya.

Musa berkata polis sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dalam menyekat penularan masalah sosial yang disebarkan menerusi telefon bimbit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan