Khamis, Februari 04, 2010

PENGARAH JHEINS TURUN PADANG KE MASJID NURHIKMAH KG. SILOU RANAU

imageDari kiri En. Safrin (AJK), Pegawai JHEINS, En. Mohd. Hasbi Jumin (Pengerusi Masjid & JKKK) , Imam Daerah Ranau, Pegawai JHEINS Ranau, Ybhg. Datuk Amri Hj Suratman (Pengarah JHEINS), Tn. Hj. Faimin Kamin (Pegawai Daerah), En. Jupirin Hj Ruhimin ( Pegawai Eksekutif MDR) Ustaz Hainin, En Sain Gahali (AJK)

image Kg. Silou Ranau 4/02/2010 : Hari ini Pengerusi Masjid Nur Hikmah Kg. Silou tela menerima kunjungan mengejut dari Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEINS) Ybhg. Datuk Hj. Amri Hj. Suratman bersama rombongan beliau.

Turut serta dalam rombongan adalah Tuan Pegawai Daerah Ranau Tuan Hj. Faimin Kamin, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau En. Jupirin Hj. Ruhimin, Ustaz Mohammad Rauf Pegawai JHEINS Ranau serta pegawai dari JHEINS Kota Kinabalu.

Dalam lawatan ini pengerusi Masjid yang juga Pengerusi JKKK Kg. Silou, En. Mohd. Hasbi Jumin telah memberi taklimat ringkas kepada Datuk Amri serta rombongan mengenai permohonan AJK Masjid untuk memperbaiki masjid yang telah berusia 20 tahun ini.

Syukur Alhamdulillah, Datuk Amri telah mengarah Pengerusi serta AJK Masjid Nur Hikmah untuk membuat permohonan untuk mendirikan sebuah Masjid baru untuk jemaah Masjid Nur Hikmah Kg. Silou Ranau.

 

 

------

DASAR-DASAR KERAJAAN HANYA DI FAHAMI OLEH PM, TPM, MENTERI, TIMBALAN DAN PENGARAH SAHAJA ?

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan