Penduduk Kampung Jangan Minta Insentif Pada Pilihan Raya
JULAU, 29 Jan (Bernama) -- Penduduk luar bandar boleh menyumbang dalam proses pilihan raya yang bersih dan adil serta demokratik tetapi jangan mengharapkan atau meminta sebarang "insentif" apabila mengundi.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata pembayaran insentif juga boleh menambahkan lagi kos pilihan raya untuk seseorang calon.
"Jika pembayaran insentif diadakan calon yang berpotensi untuk menjadi seorang pemimpin yang baik tetapi dengan sumber kewangan peribadi yang terhad, mungkin tidak membolehkannya bertanding pada pilihan raya," katanya pada sesi pertemuan dengan orang ramai di Rh. Guntor, Sungai Berkiok, Merurun dekat sini Khamis malam.
Persepsi ini hendaklah dihapuskan...orang ramai janganlah mengharapkan pembayaran dalam menyumbang pada masa depan yang lebih baik bukan hanya untuk mereka sendiri tetapi juga untuk keluarganya," kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan