MENURUT seorang jurucakap, merangkap penyelidik mengenai kesan sampingan daripada kawasan yang akan ditenggelami air dan risiko pecah empangan yang dihuraikan oleh Kuil bin Madza, seorang yang dilantik oleh penduduk kampung telah membantah pembinaan projek tersebut.
Mereka telah menubuh satu badan jawatankuasa Ad-Hoc untuk mempertahankan hak-hak penduduk kampung selain mempertahan dan memelihara keseimbangan alam semulajadi.
Jelas Kuil, kami akan membantah habis-habisan pembinaan ampangan hidro eletrik di LIWAGU, yang akan menenggelamkan 15 buah kampung yang telah bertapak di pesisiran sungai LIWAGU sejak era British Borneo Utara.
Kampung yang turut terjejas dalam kawasan pengambilan tapak 97-A, 97-F, 96-E, 96-J, 96-D dan 96-I melibatkan Kg.Sinaron, Mengkadait, Kimangis, Miruru, Seri Bangsawan, Mantapok, Meringkan, Bolisuk, Taba, Nunuk ragang, Tampias, Bitoon, Soborong, Paginatan dan Matupang.
Untuk berlaku adil, kata Kuil, jawatankuasa tersebut akan mengadakan mesyuarat pada 16 Januari 2010, bertempat di Dewan Tugu Peringatan Nunuk Ragang, Ranau untuk membahaskan isu-isu yang bercanggah dan yang menepati bantahan tersebut bagi merumuskan satu memorandum bantahan yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri kelak.
Memandangkan majoriti penduduk daripada15 buah kampung ini adalah pengundi BN maka Jawatankuasa ini juga akan berbincang untuk menentukan masa hadapan politik wakil-wakil rakyat yang terlibat untuk meluluskan projek ini.
Penduduk kampung di sekitar daerah Telupid dan daerah Ranau digalakkan untuk menghadiri Mesyuarat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan