Guru patut akur arahan bertukar
Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas sikap segelintir guru yang sentiasa mengemukakan rayuan sama ada ditukarkan ke sekolah lain atau terus kekal di sekolah tertentu sehingga menjejaskan usaha kerajaan memantapkan sistem pendidikan negara.
Beliau sendiri tidak terkecuali dihujani permohonan guru yang merayu supaya tidak ditukarkan atau ditukarkan ke sekolah lain.
- Tindakan guru terbabit akan menyebabkan kementerian berdepan dengan masalah lebihan guru di sesetengah sekolah, manakala di tempat lain menghadapi masalah kekurangan guru.
- "Ia (tindakan) satu masalah pada kementerian kerana jika dia berminat untuk kekal selama-lamanya, kita akan berdepan dengan masalah kekurangan dan lebihan guru.
- "Sebagai contoh, ada negeri yang kurang guru dan ada negeri yang lebih guru kerana guru tidak mahu ditukarkan ke negeri lain,"
- Sebagai kakitangan kerajaan yang tertakluk pada arahan kementerian, guru harus memahami jika kementerian memutuskan untuk menukar, memindah atau menempatkan mereka di sekolah tertentu.
- Tindakan tukar-menukar sekolah tidak dibuat sewenang-wenangnya, sebaliknya berdasarkan keperluan sekolah dan mata pelajaran yang diajar di sekolah itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan