Ahad, Januari 10, 2010

DUA GEREJA DI TAIPING DILEMPAR BOM API

Dua gereja di Taiping dilempar bom api

TAIPING: Gereja All Saints di Jalan Muzium dan Gereja Saint Louis di Jalan Kamunting Lama dekat sini dilempar bom api awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata perbuatan itu dipercayai dilakukan awal pagi tadi dan hanya disedari penjaga gereja kira-kira jam 7.30 pagi.

Katanya, hanya kesan hitam terbakar ditemui pada dinding luar gereja dan tiada kerosakan berlaku pada bangunan.

"Polis sedang menyiasat dan percaya perbuatan itu dilakukan individu yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, empat gereja di Lembah Klang dilaporkan dilempar bom api.

---

Two more attempted arson cases 

Two more arson attempts on church, school

Failed attack at Taiping church, convent school

Tiada ulasan:

Catat Ulasan