Khamis, Disember 10, 2009

SKANDAL PKFZ – 3 ORANG DI TAHAN

Skandal PKFZ: Ketua Eksekutif, arkitek Kuala Dimensi antara ditahan

image KUALA LUMPUR: Selain bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang, dua lagi ditahan berhubung skandal PKFZ ialah Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Steven Abok dan seorang arkitek, Benard Tan Seng Swe.

Sumber berkata, penahanan ketiga-tiga mereka dilakukan hasil operasi bersama polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga mereka akan dituduh di mahkamah Klang, tengah hari ini.

NST dalam laporannya memetik sumber berkata, ia adalah siri penahanan pertama membabitkan skandal PKFZ dan sekurang-kurangnya lima lagi akan ditahan polis dan SPRM.

---

Bekas Pengurus Besar LPK, Dua Lagi Hadapi Tuduhan Berkaitan Skandal PKFZ

KLANG, 10 Dis (Bernama) -- Bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C.Phang dan dua yang lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khamis ini masing-masingnya terhadap tuduhan pecah amanah dan membuat tuntutan palsu dalam satu kes berhubung skandal Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ).

Dua yang lain ialah Steven Abok, ketua pegawai oeprasi Kuala Dimensi Sdn Bhd, yang merupakan kontraktor projek itu, dan arkitek, Bernard Tan Seng Swee daripada BTA Architect, perunding projek berkenaan.

Phang, yang menghadapi tiga tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM254.84 juta, dibenarkan diikat jamin sebanyak RM350,000.

Abok dan Tan, yang kedua-duanya memakai penutup muka semasa dibawa ke mahkamah, didakwa bersama terhadap dua pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan RM5.42 juta.

Tan turut didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas terhadap 24 tuduhan membuat tuntutuan palsu berjumlah RM122.27 juta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan