Isnin, Disember 28, 2009

SAHAM AMANAH SABAH (SAS) AGIH KEUNTUNGAN RM63.8 JUTA

imageKOTA KINABALU: Selepas tidak mengagihkan pendapatan kepada pelabur tahun lalu, Saham Amanah Sabah (SAS) yang diuruskan Saham Sabah Bhd (SSB) mengisytiharkan pengagihan dividen lima peratus atau lima sen seunit kepada 54,122 pelaburnya membabitkan pengagihan keuntungan sebanyak RM63.8 juta, bagi tahun ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, ketika mengumumkan kadar itu di sini, hari ini berkata, pengagihan kali ini adalah yang tertinggi berikutan pencapaian memberangsangkan sepanjang tahun ini berbanding dividen empat peratus pada 2007.

Setakat 15 Disember lalu, katanya, SAS memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM77.26 juta menerusi urus niaga dalam pasaran saham (85.29 peratus), pasaran kewangan (4.11 peratus) dan penerimaan dividen (10.6 peratus).

Beliau yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, selepas mengambil kira jumlah perbelanjaan, keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit tahun ini ialah RM72.35 peratus

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan