Rabu, Disember 02, 2009

PERLUKAH DI BINA JALAN BARU KE RANAU ?

Jalan Baru Ke Ranau Diperlukan, Kata Masidi

KOTA KINABALU, 1 Dis (Bernama) -- Sebatang jalan baru di antara Kota Kinabalu dengan Ranau perlu dibina segera, khusus untuk memenuhi permintaan industri pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun Selasa.

Beliau menyatakan demikian sebagai respon terhadap kejadian tanah runtuh di jalan Kota Kinabalu-Ranau sepanjang 65km awal hari ini.

"Jelas sekali terdapat bukit-bukit di kiri kanan jalan itu dan sebab itu mudah berlaku tanah runtuh.

"Tidak banyak boleh kita lakukan kecuali jurutera awam mencari jalan terbaik untuk menyekat tanah runtuh dari berulang," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Masidi berkata cadangan telah dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya supaya jalan baru dibina melalui Kiulu.

Mengenai tanah runtuh yang menjejas industri pelancongan di Ranau dan kawasan sekitar seperti Kundasang, Masidi tidak menafikan ada menerima rungutan dan aduan dari pengusaha pelancongan dan pelancong sendiri.

Masidi berkata kawasan itu tidak saja digunakan oleh pengusaha pelancongan untuk membawa pelancong ke tempat-tempat popular seperti Gunung Kinabalu dan Warisan Dunia Pertubuhan Bangsa Bersatu, tetapi juga laluan kerap bagi orang ramai yang bergerak dari dan ke Pantai Timur.

Tanah runtuh kira-kira 1.00 pagi tadi akibat hujan lebat menyebabkan laluan sepanjang 100m di tepi bukit diliputi tanah setinggi 50m dan 10m lebar, tidak jauh dari laluan ke Kinabalu National Park.

Ini mengakibatkan kesesakan trafik sepanjang 3km.

----

Laporan-laporan Mengenai Tanah Runtuh Sepanjang Jalan Tamparuli-Ranau

Landslide Disasters in Sabah, Malaysia: Issues and

11 May 1999 JKR AKAN MINTA BANTUAN UTM ATASI TANAH RUNTUH

May 26, 2004 Six Kundasang landslide complexes identified

22 MAC 2005 MAJLIS PERASMIAN BENGKEL RISIKO TANAH RUNTUH DI KUNDASANG

October 05, 2006 TANAH RUNTUH DI TAMPARULI

January 17, 2007 Over 3,000 stranded by landslip

03/10/2007 Tanah runtuh di Ranau: Laluan utama KK-Sandakan terputus

October 19, 2007 Kerja Membersih Tanah Runtuh Dijangka Siap Petang Ini

October 19, 2007 Jalan Ranau-Tamparuli Alami Kejadian Tanah Runtuh Kali Kedua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan