Selasa, Disember 01, 2009

PENGESAHAN DOKUMEN IBUBAPA & PELAJAR MEKENISMA PENTING MENGENALPASTI PTI

“Saya hairan kenapa Ahli Parlimen Kelabakan dan rakan-rakannya mengkritik langkah ini yang sudah sekian lama diperkenalkan di Sabah. Padahal keperluan mengesahkan dokumen ibu bapa dan pelajar itu banyak kepentingannya.

“Antara lain ia memudahkan status ekonomi keluarga pelajar terlibat untuk dikenalpasti dan dibantu kerajaan.

“Dan yang lebih penting langkah itu membolehkan pelbagai pihak khususnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pelajaran Sabah mengenalpasti sama ada identiti keluarga dan pelajar berkenaan adalah dari rakyat tempatan dan bukannya mereka yang sengaja mengambil kesempatan daripada hasrat kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan di negara ini,

[12immigrant.jpg]

“Saya sendiri pernah mendengar Ahli Parlimen Kalabakan itu menyuarakan kebimbangannya berhubung isu PTI di Sabah suatu ketika dulu. Beliau sedar isu ini di Sabah merupakan penyumbang besar kemelut PTI di seluruh negara.”

Setiausaha Majlis Permuafakatan PIBG Gabungan Sandakan, Awang Aspar Haji Liwangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan