Khamis, Disember 10, 2009

MAJLIS TAKLIMAT PELAKSANAAN PEMBERIAN INSENTIF PADI BUKIT DAN SIMBOLIK PENGAGIHAN INSENTIF JABATAN PERTANIAN RANAU

9hb. Disember 2009 : Bertempat di Dewan Latihan Pertanian Pejabat Pertanian Daerah Ranau telah diadakan “MAJLIS TAKLIMAT PELAKSANAAN PEMBERIAN INSENTIF PADI BUKIT DAN SIMBOLIK PENGAGIHAN INSENTIF JABATAN PERTANIAN RANAU”

Majlis tersebut telah di rasmikan oleh En. Japirin Sahadi Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang mewakili YB Datuk Dr Ewon Ebin Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Dalam ucapan pegawai pertanian Daerah Ranau En. Pegawai Pertanian Kanan Ranau, Rodius Timbuong, beliau telah meminta kerjasama dari pemimpin masyarat iaitu Ketua Kampung dan JKKK untuk memaklumkan kepada penduduk masing-masing tentang insentif yang disediakan ini.

Dalam ucapan perasmian, En. Japirin Sahadi telah menasihati supaya insentif ini di gunakan dengan sebaiknya dan amat berharap agar rekod penghasilan akan di kemukakan kepada Jabatan Pertanian agar pihak kerajaan dapat menilai sekiranya program boleh di teruskan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N.31 Paginatan En. Jefrin Majangki dan Pengerusi Persatuan Penanam Buah-Buahan Ranau En. Markus Majangki yang turut mewakili peserta dalam acara penyerahan simbolik pengagihan insentif padi bukit.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan