Sabtu, Disember 26, 2009

''SAYA KESAL, SAYA RASA BELIAU (MOHAMED NAZRI) PATUT LETAK JAWATAN KERANA KEGAGALANNYA SEBAGAI KETUA WHIP BN AMAT KETARA.

''Saya kesal, saya rasa beliau (Mohamed Nazri) patut letak jawatan kerana kegagalannya sebagai Ketua Whip BN amat ketara.

image ''Dalam keadaan politik sekarang, semua wakil rakyat dan Datuk Seri Mohamed Nazri perlu berada di dalam negara dan tak perlu cuti, tumpukan kepada kerja. Saya sangat kecewa, bayangkan kalau bajet tak lulus,"

Berbanding Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebelum ini yang turut meluluskan Bajet Perak 2010, semua wakil rakyat BN dan Bebas berasa bimbang kerana hanya mempunyai majoriti yang tipis.

''Saya mendapat maklum balas jelas daripada ahli UMNO di peringkat bawah yang tidak puas hati terhadap ahli-ahli Parlimen kita ekoran insiden tersebut,"

Bagi menangani masalah tersebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak wajar mengambil tindakan tegas terhadap semua wakil rakyat BN berkenaan.

''Kalau bajet tidak lulus bermakna kerajaan tidak boleh memerintah. Saya harap perkara serius macam ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia lbrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan