Ahad, Disember 06, 2009

INDUSTRI KELAPA SAWIT MALAYSIA KINI TIDAK LAGI BOLEH BERKEMBANG DARI SEGI KAWASAN TANAMAN

Malaysia Kaji Aktiviti Hiliran Untuk Industri Kelapa Sawit - Dompok

PASIR GUDANG, 5 Dis (Bernama) -- Industri kelapa sawit Malaysia kini tidak lagi boleh berkembang dari segi kawasan tanaman, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Dompok.

Ini kerana tidak banyak lagi tanah yang ada untuk penanaman komoditi itu dan satu-satunya langkah yang boleh diambil ialah mengkaji dengan serius aktiviti hiliran industri berkenaan.

"Selepas 4.5 juta hektar kita tidak boleh berkembang lagi kerana ketiadaan tanah yang luas dan logiknya kita usahakan aktiviti hiliran," kata beliau.

Beliau menyatakan hal ini kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan logi Lion Eco Chemicals milik Lion Corporation di Tanjung Langsat di sini.

Dompok berkata hal itu akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai Daya Saing Sektor Kelapa Sawit pada 14 Jan depan.

Beliau berkata kerajaan merancang menjadikan Malaysia sebagai hub bagi industri kelapa sawit menjelang 2020 dan meningkatkan nilai eksport minyak sawit dan produk minyak sawit kepada RM186.15 bilion dari RM65.2 bilion sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan